- Iklan -
Berita

Indonesia nafi Prabowo batal pertemuan dengan Anwar kerana demam

Sebaliknya, Jakarta berkata berkata presiden Indonesia mengadakan siri mesyuarat selepas sejurus pulang dari Mesir.

MalaysiaNow
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang jurucakap kanan Indonesia menafikan Presiden Prabowo Subianto membatalkan lawatannya ke Malaysia disebabkan demam, seperti mana didakwa Anwar Ibrahim dalam hantaran media sosial semalam.
Seorang jurucakap kanan Indonesia menafikan Presiden Prabowo Subianto membatalkan lawatannya ke Malaysia disebabkan demam, seperti mana didakwa Anwar Ibrahim dalam hantaran media sosial semalam.

Seorang pegawai kanan kerajaan Indonesia menafikan Presiden Prabowo Subianto membatalkan lawatan ke Malaysia atas sebab kesihatan, seperti mana didakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

Prabowo dijadual mengadakan pertemuan dengan Anwar di Langkawi semalam.

Anwar berkata lawatan presiden Indonesia itu terpaksa dibatalkan kerana Prabowo demam dan meminta mesyuarat ditangguhkan beberapa hari.

Bagaimanapun, Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya, berkata Prabowo berada dalam keadaan sihat, sambil menambah beliau menghadiri beberapa siri mesyuarat selepas pulang dari Sidang Kemuncak D8 di Kaherah semalam.

“Sejurus tiba, beliau segera mengadakan mesyuarat tertutup,” kata Teddy dipetik akhbar Kompas.