- Iklan -
Berita

'Showdown' di Kampung Sungai Baru, penduduk nekad pertahan tanah di sebalik runtuhan

Sekumpulan peguam hak asasi tampil membantu penduduk dalam berdepan kerajaan dan pemaju.

MalaysiaNow
3 minit bacaan
Kongsi
Kain rentang seperti ini mula dinaikkan di Kampung Sungai Baru ketika penduduk dilihat melipat gandakan usaha menghalang tanah milik mereka diambil pemaju.
Kain rentang seperti ini mula dinaikkan di Kampung Sungai Baru ketika penduduk dilihat melipat gandakan usaha menghalang tanah milik mereka diambil pemaju.

Penduduk Kampung Sungai Baru, sebuah perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar raya yang kini berdepan usaha kerajaan dan pemaju untuk mengambil alih tanah mereka, semakin lantang menyatakan bantahan selepas nasib mereka mendapat perhatian sekumpulan peguam hak asasi yang tampil mempertahankan tuntutan mereka di bawah undang-undang.

Tinjauan MalaysiaNow mendapati pelbagai kain rentang menyatakan kemarahan penduduk dinaikkan di pelbagai sudut di kawasan tersebut, yang kelihatan seperti medan pertempuran di tengah-tengah runtuhan bangunan dan batu-bata ekoran beberapa blok flat di kawasan itu yang dirobohkan.

Isnin lalu, peguam dari Lawyers For Liberty (LFL), yang lantang menentang salah guna kuasa dan pelanggaran hak asasi, mengadakan perjumpaan dengan penduduk yang terkesan.

- Iklan -

Sesi itu menyaksikan pelbagai soalan diajukan kepada peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Zaid Malek berhubung kes yang telah difailkan di mahkamah.'

"Hak rumah adalah hak asasi yang amat penting dan basic," kata Surendran dalam ucapannya.

Peguam N Surendran berbincang sesuatu dengan seorang penduduk (kiri) dalam sesi bersama Lawyers for Liberty pada 21 April, 2025.
Peguam N Surendran berbincang sesuatu dengan seorang penduduk (kiri) dalam sesi bersama Lawyers for Liberty pada 21 April, 2025.

Surendran berkata beliau terkejut dengan apa yang sedang berlaku selepas mengkaji beberapa dokumen.

"Ia jelas menunjukkan bahawa tanah ini adalah tanah rezab Melayu, dan pengambilan tanah dan pembangunan yang dilakukan, semua ini adalah bercanggah dengan undang-undang. Anda perlu yakin, apa hak anda dalam perjuangan anda."

Surendran turut mengesahkan kawasan Kampung Sungai Baru termasuk di bawah kategori Malay Agriculture Settlement (MAS), atau Tanah Pertanian Melayu sejak 120 tahun.

MAS merupakan kategori yang terpakai sejak lebih 120 tahun lalu, sebelum kategori Tanah Rizab Melayu diperkenalkan.

Sementara itu, LFL telah memanggil sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya esok.

- Iklan -

Kampung Sungai Baru menjadi perhatian selepas berlaku tarik tali antara pemaju dan penduduk yang enggan berpindah.

Mereka enggan menerima pampasan daripada pemaju dan membantah tindakan kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pembangunan kawasan itu di bawah Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

Mereka juga tidak bersetuju dengan jumlah pampasan yang ditawarkan menganggap ianya tidak selari dengan harga pasaran, memandangkan ia hanya beberapa minit perjalanan dari Segitiga Emas dan KLCC, antara kawasan yang paling pesat di Kuala Lumpur dengan nilai hartanah yang melebihi RM1,000 setiap kaki persegi.

Penduduk juga mengambil pendirian bahawa sesuatu tanah yang hendak diambil oleh kerajaan perlu mendapatkan persetujuan 100% daripada pemilik tanah.

Kebimbangan keselamatan dan kesihatan

Perobohan diteruskan pemaju KL City Gateway, meskipun kes yang dibawa penduduk masih menunggu penyelesaian mahkamah, di samping dakwaan penduduk bahawa kontraktor yang dilantik melanggar syarat-syarat yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kerja perobohan giat dijalankan di Kampung Sungai Baru, walaupun mendapat tentangan sekumpulan pemilik flat di sebalik pertikaian mengenai kadar pampasan dan status tanah tersebut sebagai Malay Agriculture Settlement seperti mana di Kampung Baru yang berhampiran.
Kerja perobohan giat dijalankan di Kampung Sungai Baru, walaupun mendapat tentangan sekumpulan pemilik flat di sebalik pertikaian mengenai kadar pampasan dan status tanah tersebut sebagai Malay Agriculture Settlement seperti mana di Kampung Baru yang berhampiran.

Difahamkan antara syarat tersebut ialah pemaju perlu memastikan bangunan telah dikosongkan, selain tidak menggunakan jentera besar yang menimbulkan bunyi bising.

"Bunyi bising memang didengari kerana memakai jentera berat. Kemudian kontraktor memasang 'folding' sebelum mereka terima perintah pengosongan lagi. Ini melanggar syarat yang ditetapkan.

- Iklan -

"Debu daripada kerja perobohan juga memasuki kawasan rumah kerana pemaju tidak melakukan kerja pembersihan dengan baik," kata Zainab Alias, pengerusi jawatankuasa sementara Kampung Sungai Baru dan antara individu yang mengetuai bantahan penduduk yang enggan meninggalkan rumah mereka.

Kesan daripada kerja-kerja perobohan dan pemusnahan di kawasan juga menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan penduduk dan wabak penyakit.

Zainab Alias ​​(kanan), pengerusi jawatankuasa sementara Kampung Sungai Baru, bersama penduduk dan aktivis hak tanah Rafidah Ibrahim.
Zainab Alias ​​(kanan), pengerusi jawatankuasa sementara Kampung Sungai Baru, bersama penduduk dan aktivis hak tanah Rafidah Ibrahim.

Ia selepas seorang penduduk terkena demam denggi pada Februari lepas.

"Saya perlu membuat ujian darah setiap hari di hospital. Saya juga dikuarantin di rumah selama tujuh hari," kata penduduk itu, seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan, yang enggan namanya disiarkan.

Menurut lelaki itu, tiada fogging (semburan ubat bunuh nyamuk) dan larvaciding, antara syarat ditetapkan DBKL terhadap kontraktor, dilakukan.

Dia juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kontraktor apabila ditanya mengenainya.

Selain DBKL, antara agensi kerajaan yang dihubungi penduduk untuk mengadu mengenai kontraktor mereka termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

KgBaru_banner3_20250423_MnowDalam satu maklum balas yang dilihat MalaysiaNow, DOSH menyatakan aduan yang dilakukan oleh Zainab adalah tidak berasas.  

- Iklan -

"Kesemua rumah berhampiran termasuk rumah pengadu telah dikosongkan untuk tujuan pembinaan (semasa pemeriksaan hanya terdapat satu rumah sahaja yang masih didiami dipercayai penduduk yang masih enggan berpindah).

"Oleh yang demikian, jika terdapat aktiviti perobohan yang dijalankan bersebelahan atau berhadapan rumah pengadu sepatutnya tidak mengancam keselamatan sesiapa memandangkan kesemua mereka telah diarahkan untuk berpindah," menurut satu emel yang dihantar kepada Zainab.

Bagaimanapun, seorang penduduk berkata DOSH hadir untuk pemeriksaan tapak ketika musim perayaan.

"Mereka kata tiada sebarang aktiviti perobohan dijalankan berkemungkinan disebabkan cuti perayaan. Masalahnya kenapa mereka datang waktu perayaan? Kenapa tak datang semasa kerja-kerja perobohan dijalankan?" soalnya.

MalaysiaNow difahamkan DBKL menjelaskan ia tidak boleh membatalkan permit meroboh memandangkan belum ada notis daripada mahkamah untuk menghentikan kerja-kerja perobohan.