- Iklan -
Rencana

PRN Sabah

Mungkin lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa Covid-19 sekiranya PRU diadakan.

Dr Mahathir Mohamad
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar bendera parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.
Gambar bendera parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

Sepatutnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak diadakan.

Sabah sudah ada PRN pada 2018. Warisan menang dan tubuh kerajaan. Tapi kerajaan pintu belakang Pusat berhasrat kuasai Sabah juga melalui pintu belakang.

Untuk elak daripada ini berlaku, kerajaan Warisan terpaksa dibubar untuk adakan PRN.

Maka menanglah duit, kerana dia raja.

Tapi kosnya tinggi. Bukan sahaja wang Ringgit, tetapi juga serangan Covid-19. Dari Sabah berkembang ke semenanjung.

Kononnya menteri kebal tak payah kuarantin.

Malangnya Covid-19 tidak tahu menteri kebal.

Maka berjangkitlah Covid-19 dan merebaklah. 631 sehari.

Dari negeri yang selamat Sabah jadi kluster.

Beribu akan jadi mangsa, maut pun ada.

Kata pemimpin tertinggi, kalau menang, Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan.

Jangan mungkir janji. Adakan PRU. Biar ratusan ribu dijangkiti.

Biar lebih ramai mati.

Politik lebih utama dari prinsip.

Apa aku peduli.

Aku dapat.

*Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.