Rakyat sangat muak melihat bagaimana gabungan parti politik berubah sekelip mata dalam kerajaan negeri Perak, dibimbangi hal mengarut yang sama akan merebak ke Parlimen dan berkemungkinan boleh menyebabkan perubahan kerajaan persekutuan.
Kita bernasib baik kerana proses penukaran kerajaan persekutuan sebelum ini dilakukan dengan pantas bagi membolehkan langkah-langkah mengekang penularan pandemik Covid-19 dilaksanakan.
Tetapi apabila gabungan politik di Sabah bergolak, ia menyebabkan berlakunya pilihan raya di seluruh negeri, yang mencetuskan penularan wabak Covid-19, sehingga kini belum berakhir walaupun sudah hampir tiga bulan.
Persoalannya, mengapa parti politik enggan belajar daripada bencana ini walaupun secara terbuka mengakui mereka menyebabkan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 baru-baru ini?
Apakah sangat mustahak untuk melakukan undi percaya terhadap bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu?
Tindakan bekas menteri besar itu dengan rela hati mengundur diri berjaya mengelak pilihan raya negeri seperti apa yang terjadi di Sabah.
Namun, apa yang berlaku di Sabah masih tidak mampu menghalang ahli-ahli politik daripada berhenti dan ia mengundang kegelisahan kepada rakyat.
Cukup-cukuplah.
Sudah tiba masanya Umno berbaik-baik dengan rakan sekutu dalam Perikatan Nasional iaitu Bersatu dan PAS.
Dengar nasihat Agong dan utamakan kepentingan rakyat.
Apabila Covid-19 dapat dikawal, mereka boleh meneruskan “politicking” tanpa henti.
Parti pembangkang Amanah, DAP dan PKR juga harus berhenti daripada menimbulkan permusuhan yang pasti akan menghancurkan pemerintahan yang sudah rapuh baik di peringkat negeri dan persekutuan.
Mungkin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuat keputusan yang betul dalam meminta Agong mengisytiharkan darurat.
Ia pasti mampu menghentikan semua “politicking” yang tidak perlu ini!
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.