- Iklan -
Rencana

Armada sokong Undi18, gesa pemerkasaan pendidikan politik

Undi18 telah diangkat secara dasar sebagai agenda Armada sejak mula sehingga kini.

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
2 minit bacaan
Kongsi
Pemuda Bersatu dari seluruh Malaysia ingin memaklumkan bahawa: "kami Armada menyokong pelaksanaan Undi18 sepenuhnya". Gambar: Bernama
Pemuda Bersatu dari seluruh Malaysia ingin memaklumkan bahawa: "kami Armada menyokong pelaksanaan Undi18 sepenuhnya". Gambar: Bernama

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), parti Bersatu ingin menzahirkan pendirian berkenaan implementasi Undi18 yang bakal diwartakan pelaksanaannya dalam pertengahan tahun ini.

Pemuda Bersatu dari seluruh Malaysia ingin memaklumkan bahawa: “kami Armada menyokong pelaksanaan Undi18 sepenuhnya”.

Malah sayap pemuda Bersatu dalam proses awal perangkaan Undi18 sebelum diluluskan di Parlimen secara tidak langsung adalah sebahagian daripada entiti yang terlibat atas peranan advokasi memberi kefahaman kepada masyarakat di samping beberapa entiti lain yang menyokong dan menggerakkan Undi18.

Undi18 telah diangkat secara dasar sebagai agenda Armada sejak mula sehingga kini.

Justeru itu tiada pertikaian atas pendirian mana-mana kepimpinan Armada terkait Undi18.

Hal yang menjadi masalah adalah apabila penjelasan Ketua Armada Nasional dimanipulasi oleh segelintir pihak apabila Wan Ahmad Fayhsal menekankan perihal edukasi politik.

Hakikatnya sejak awal perancangan Undi18 dibawa ke Parlimen, “route” atau “mapping” memberi pemahaman kepada anak muda di peringkat sekolah mengenai demokrasi Malaysia serta pemahaman asas politik telah diusahakan melalui Malaysia Future Leaders School (MFLS), Sekolah Rukun Negara dan juga beberapa program Undi18 di bawah kementerian belia dan sukan (KBS) sebelum ini.

Ini sejajar dengan hasrat kelulusan di peringkat Parlimen yang prihatin untuk melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab atas hak dan pilihannya bukan dek kerana peranan “populist” semata di samping menanamkan ilmu demokrasi dan kenegaraan melibatkan entiti non-partisan.

Mengambil contoh pelaksanaan sekolah politik mahupun kenegaraan yang dijalankan di negara-negara yang memberi hak pengundian seawal 18 tahun sebagai contoh boleh dirujuk, program National Student Leadership Conference di Amerika Syarikat dan contoh-contoh program edukasi politik lainnya.

Justeru, Armada menyeru dalam menuju pelaksanaan Undi18, adalah wajar kita tekankan proses edukasi terlebih dahulu setelah terbantut peranannya dek kerana Covid-19.

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir adalah ketua penerangan Armada Bersatu

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.