- Iklan -
Kolum

Audio untungkan ‘cikgu’, susahkan ‘anak murid’

Apakah suara-suara yang berucap di PAU itu suara akar umbi Umno atau suara membawa sandiwara skrip orang lain?

Timmy Say
2 minute read
Kongsi
columnist picture

Timmy Say

Timmy Say menulis untuk pelbagai laman portal di Malaysia untuk berkongsi perspektif dan pengalamannya melibatkan isu semasa. Setelah 15 tahun menceburi bidang IC Design, kini bertukar karier ke bidang agrikultur dan akuakultur.

Pendedahan audio rakaman perbualan minggu lalu antara “cikgu” yang didakwa daripada PKR dan “anak murid” yang didakwa daripada Umno telah menimbulkan pelbagai persoalan penting bagi Umno.

Audio tersebut, jika benar, apakah ini bermaksud Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini hanyalah satu sandiwara yang dinasihat skripnya oleh cikgu dari PKR?

Apakah suara-suara yang berucap di PAU itu suara akar umbi Umno atau suara membawa sandiwara skrip orang lain?

Audio tersebut, jika benar, memberikan persepsi Umno kini di bawah kawalan cikgu PKR.

Ini adalah satu berita yang membanggakan buat cikgu di dalam audio itu.

Parti 20 tahun berjaya mengawal parti 60 tahun.

Nombor ini pastinya “kukuh dan menyakinkan”.

Oleh itu, tidak perlulah hairan kalau cikgu itu bertanya, “Kalau audio itu benar, apa masalahnya?”.

Kerana sememangnya persepsi ini menguntungkannya seolah-olah beliau dapat mengawal keseluruhan Umno.

Namun, situasinya lain di pihak anak murid.

Jika audio ini benar, ini adalah satu berita tragedi yang amat memalukan baginya dan juga Umno.

Apa tidaknya?

Ucapannya yang bergegar-gegar menyerang kawan sendiri di pihak kerajaan rupa-rupanya adalah untuk memenuhi matlamat orang lain.

Slogan “No Anwar” yang didendangkan bagai gemuruh rupa-rupanya bunyi tin kosong.

Oleh itu, tidak perlulah hairan, kalau beliau menafikan ini bertubi-tubi walaupun cikgunya memberikan bayang-bayangan bahawa tiada apa yang perlu dinafikan.

Sebenarnya susah juga anak murid mencari mereka yang sanggup menpercayai audio itu palsu kerana ia kebetulan amat konsisten dengan surat yang pernah dikirim kepada Agong untuk menyatakan sokongannya kepada cikgu untuk menjadi perdana menteri Malaysia ke-9.

Setakat ini, belum ada penafian terhadap surat tersebut.

Kalau difikirkan secara mendalam, sememangnya ia lebih mudah untuk menafikan audio berbanding surat yang dikirim kepada Agong kerana siapalah yang berani kata apa yang diterima Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu palsu?

Kesian Umno.

Dulu mereka di persimpangan, kini mereka dibawa ke “roundabout” berpusing-pusing kononnya demi masa depan Umno.

Tak apalah, asalkan ahli-ahi Umno gembira, anak murid boleh terus minta tunjuk ajar daripada cikgu.

Apa masalahnya kan?

Ada anak murid yang taat pada cikgu, masa depan Umno tentu akan terus gemilang.

PAS keras kepala, Bersatu keras hati.

Cikgu je yang baik hati!