- Iklan -
Rencana

Israel harus hentikan pembersihan etnik

Pemuda PN menggesa masyarakat antarabangsa mendesak Israel dan Amerika berlaku jujur dengan perjanjian untuk menubuhkan negara berdaulat Palestin.

Pemuda Perikatan Nasional
2 minit bacaan
Kongsi
Malaysia mendukung perjuangan Palestin sejak negara itu memulakan usaha menuntut hak mereka yang diceroboh Israel sejak 1948. Gambar: AP
Malaysia mendukung perjuangan Palestin sejak negara itu memulakan usaha menuntut hak mereka yang diceroboh Israel sejak 1948. Gambar: AP

Mengenang 73 tahun peristiwa Nakbah Palestin, tarikh 15 Mei setiap tahun adalah hari seluruh umat Islam bersolidariti di atas imperialisme yang berlaku ke atas bumi Palestin. Sejak peristiwa pada tahun 1948 itu, rakyat Palestin dipaksa keluar dan dicabul kedaulatan tanah air mereka.

Kini, kehidupan warga Palestin tidak ubah seperti pelarian dan hanya terbatas pada kawasan-kawasan tertentu di Tebing Barat. Dasar Zionis yang menindas secara sistematik serta penempatan haram yang dibangunkan adalah provokasi melampau terhadap rakyat Palestin.

Pemuda Perikatan Nasional mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan pasukan keselamatan Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa tatkala umat Islam sedang menunaikan ibadah pada minggu-minggu akhir Ramadhan.

Tindakan radikal ini adalah imperialisme Zionis sekaligus merupakan pencerobohan terang-terangan terhadap kedaulatan Palestin.

Tindak balas pemerintah Zionis terhadap protes warga Palestin melalui tindakan ketenteraan yang memusnah dan menghancurkan bangunan dan kediaman serta mengakibatkan pembunuhan terhadap wanita, kanak-kanak serta warga yang tidak berdosa juga adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Pengeboman dan pembunuhan yang berlaku memperlihatkan sikap ektrem Zionis untuk melakukan pembersihan etnik demi mengabadikan Israel sebagai sebuah negara aparteid Zionis.

Justeru, Pemuda Perikatan Nasional (PN) bertegas dan tuntas mengambil pendirian dan ketetapan berikut :

  1. Bersolidariti dengan teguh bersama rakyat dan negara Palestin yang dirobek martabat dan kedaulatan mereka.
  2. Bersetuju dengan tindakan kerajaan Malaysia yang mengadakan inisiatif bersama kerajaan Indonesia dan Brunei bagi mengutuk serangan zalim Israel terhadap Palestin serta berkongsi pandangan yang sama supaya komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak segera bagi menghentikan keganasan rejim Israel dan menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.
  3. Bertegas supaya masyarakat antarabangsa mendesak Israel dan Amerika berlaku jujur dan adil dengan perjanjian untuk menubuhkan negara berdaulat Palestin dengan garis sempadan sebelum tahun 1967.
  4. 4. Menyeru semua pihak khususnya pimpinan dan organisasi antarabangsa untuk mengecam dan mengutuk sekerasnya penindasan dan penjajahan terhadap Palestin bagi negara apartheid Zionis. Hentikan perang, tindakan ketenteraan serta pembersihan etnik secara serta merta.
  5. Israel perlu bertanggungjawab di atas pencerobohan dan pembunuhan yang telah berlaku. Justeru, setiap yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke pengadilan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
  6. Menyeru seluruh rakyat Malaysia; individu, persatuan mahupun institusi untuk turut serta dalam kempen #Aid4Palestine yang telah dilancarkan oleh duta khas perdana menteri ke Timur Tengah. Pemuda PN akan berperanan untuk menggalang kekuatan serta menjalinkan kerjasama strategik dengan semua pihak bagi menyemarak usaha kempen ini.

Kenyataan Pemuda Perikatan Nasional ini ditandatangani barisan kepimpinan pemuda PAS, Bersatu, Star, SAPP dan Gerakan

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestnya mencerminkan pandangan MalaysiaNow