- Iklan -
Kolum

Bendera putih dan Umno

Cara Zahid menaikkan "bendera putih" sebenarnya mendedahkan Umno tidak lagi seperti dulu.

Timmy Say
2 minute read
Kongsi
columnist picture

Timmy Say

Timmy Say menulis untuk pelbagai laman portal di Malaysia untuk berkongsi perspektif dan pengalamannya melibatkan isu semasa. Setelah 15 tahun menceburi bidang IC Design, kini bertukar karier ke bidang agrikultur dan akuakultur.

Jika kehidupan manusia tidak sakit tenat, sudah pasti kawasan yang didiami akan hidup bukannya seperti tanah perkuburan.

Hidup di sini bermaksud komunikasi kemasyarakatan berlangsung dengan baik, saling berinteraksi, berkongsi dan membantu dan berkebajikan antara satu sama lain.

Jika ada jiran kita yang terpaksa menaikkan bendera putih, apakah kita terasa gagal?

Tindakan menaikkan bendera putih itu perlu dihormati.

Persoalannya, mengapa situasi boleh berlaku sehingga tahap itu?

Apakah ini menunjukkan kita langsung tidak sensitif terhadap persekitaran kita?

Sebenarnya ia mencerminkan kita leka dalam menjalankan tanggungjawab untuk menghidupkan kawasan itu sebagai kawasan yang didiami sebaliknya ia menjadi seperti “sangkar manusia”.

Jiran kita pun enggan minta tolong dengan jiran-jiran lain sebaliknya menaikkan bendera putih, tak malukah kita sebagai jiran?

Bahkan, ini sebenarnya menunjukkan betapa “matinya” kehidupan manusia hari ini.

Hidup di bandar bukan alasan manusia gagal menghidupkan kawasan tempat tinggal masing-masing.

Insiden bendera putih adalah satu keinsafan buat kita semua.

Ia menunjukkan kita leka dalam hidup bermasyarakat sehinggakan ada orang yang hidup di sekeliling kita terpaksa meminta tolong, menaikkan bendera putih untuk mencari bantuan.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghidupkan semula kawasan itu agar tiada lagi yang terpaksa menaikkan bendera putih kerana terasa mereka hidup tersisih dan tidak berjiran, meskipun tinggal di tengah kota penuh dengan manusia.

Marilah kita menjadi “ibu” kepada semua dunia ini.

Dalam politik juga berlaku insiden bendera putih.

Insiden ini berlaku di dalam Umno.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sering mengangkat bendera putih seperti hidup tidak berjiran dengan menyerang kerajaan seolah-olah tiada pemimpin partinya yang duduk di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ada dua realiti yang tidak boleh ditutup persepsi.

Umno adalah sebahagian komponen kerajaan PN.

Dan tiga menteri utama yang mengurus cara melawan Covid-19 semuanya dari Umno iaitu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Zahid boleh sahaja meminta penjelasan daripada mereka bertiga dan memahami bahawa keputusan kabinet adalah dibuat secara kolektif.

Dalam satu perlawanan bola sepak, apabila tiga penyerang gagal menjaringkan gol dan menyebabkan pasukan bola sepak tewas, beban kekalahan tidak boleh diletakkan di bahu penjaga gol.

Itu tindakan melampau sepertimana tindakan Zahid yang sering meletakkan semua kesalahan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan orang lain dalam kerajaan PN, tetapi tidak kepada Umno.

Cara Zahid menaikkan “bendera putih” sebenarnya mendedahkan Umno tidak lagi seperti dulu.

Sejak bila Umno berjuang untuk menaikkan orang dari parti lain untuk menjadi perdana menteri, dan bukannya calon dari parti sendiri?

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.