Pada tahun 1992, Francis Fukuyama telah menerbitkan buku yang berjudul The End Of History and The Last Of Man, sebuah buku yang memberi pandangan bahawa sebaik sahaja tamat Perang Dingin, sistem liberal demokratik dan laissez-faire adalah sistem terbaik untuk bangsa manusia moden.
Selama 500 tahun sejak zaman Renaissance dan penciptaan mesin cetak Guttenberg, modeniti telah menyaksikan pelbagai jenis ideologi dari pelbagai ahli pemikir dari Eropah berlumba-lumba untuk bersaing, falsafah siapa yang akan menang.
Selepas menumpaskan kerajaan-kerajaan monarki mutlak, pendiri idea liberalisme, seperti Thomas Paine, John Locke, Thomas Jefferson, Voltaire, Rousseau dan pelbagai tokoh pemikir lain seperti Kant, Heiddegger, Marx, dengan pemikir-pemikir dari Itali seperti Marrienati, berlumba-lumba mencari bagaimana untuk mendirikan sebuah negara bangsa yang ideal.
Daripada banyak pemikiran dari tokoh pemikir itu, ada tiga yang survived sampai abad ke-20, iaitu fasisme dari Itali, komunisme dari Karl Marx yang bertahan di Soviet Union, dan liberal demokrasi di Barat.
Fasisme tumbang pada Perang Dunia Kedua, dan komunisme tumbang pada Perang Dingin. Nak tutup cerita, liberal demokrasi yang menang dalam idea moden yang berlumba sejak zaman Renaissance itu.
Maka kewujudan orang seperti Siti Kasim ini adalah golongan babyboomers yang membesar dalam persaingan ini. Babyboomers adalah generasi yang lahir dari sekitar tamat Perang Dunia Kedua hingga peristiwa pembunuhan Presiden Kennedy (1945-1963). Siapa lahir dalam kelompok ini, adalah golongan babyboomer.
Atau mungkin Siti Kasim ini sudah termasuk dalam golongan Gen X, yang skeptik dengan daulah, dan membesar dalam zaman Ronald Reagan.
Jadi apabila menjadi seorang remaja, sudah tentulah Siti Kasim – dan orang-orang yang sebaya dengannya, melihat kemenangan Amerika Syarikat dalam Perang Dingin bermakna bahawa liberal demokrasi akan menjadi anutan dunia sampai kiamat.
Masalahnya, golongan Fukuyamaist ini tidak membaca pula tulisan dari Jean Baudrillard, Alvin Toffler, dan Samuel Huntington tentang modeniti yang akan berpecah menjadi pasca moden, di mana identiti akan menentukan matlamat hidup.
Sebab peralihan dari second economy (perindustrian) yang cookie-cutter, standardized, patternized, one-sized-fits-for-all dan profit-based dari era moden, ke third economy (perkhidmatan) yang menumpukan personaliti, identiti dan budaya diutamakan, dan membentuk pemikiran pasca moden.
Samuel Huntington dalam kritikannya pada The End of History, mengatakan bahawa pada era akan datang, ada enam tamadun dunia yang akan bersaing. Tamadun itu adalah Barat, Orthodoks (Rusia), Islam, China, Afrika, dan Amerika Latin akan bersaing pada abad ke-21 dalam buku The Clash of Civilization.
Maknanya Amerika Syarikat dan liberal demokrasi tidak lagi memiliki nilai yang mutlak dalam mendominasi hal ehwal dunia ini.
Malangnya, orang-orang seperti Siti Kasim seperti terlepas bas dengan rentetan-rentetan peristiwa sejak 11 September 2001, ke krisis ekonomi 2008, ke demo Occupy Wall Street dan Tea Party, Brexit dan kemenangan Trump, dunia tidak lagi melihat liberal demokrasi dan Barat sebagai nilai dan contoh untuk kaum manusia sejagat.
Orang sudah pandang Barat lekeh.
Zaman dah berubah, kak. Demografi pun menunjukkan orang konservatif lebih ramai melahirkan anak daripada orang liberal. Maka kalau dalam demokrasi, memang tak payah pelik lah kenapa parti liberal susah menang pilihan raya.
Kalau dia baca tulisan ini, aku harap dia sedarlah, zaman liberal akan melabuhkan tirainya. Demokrasi akan mengikut acuan tempatan. Akan wujud sistem yang baru mengikut kehendak pasca moden.
Modern is dead, Kak Siti.
Nomy Nozwir adalah pembaca MalaysiaNow
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow