- Iklan -
Kolum

Erdogan ambil peluang dari perang Ukraine

Erdogan tidak mempedulikan soal ancaman Rusia terhadap keselamatan Sweden dan Finland.

Pak Zin
8 minute read
Kongsi
columnist picture

Pak Zin

Zin Mahmud mempunyai pengalaman lebih tiga dekad sebagai seorang wartawan kanan. Beliau merupakan bekas editor Mingguan Malaysia, ketua editor Utusan Karya, editor kumpulan Harakah, editor Harian Watan, dan penerbit majalah Dunia Islam. Buku beliau – Ideologi, Sebuah Memoir – menceritakan pelbagai dilema yang dihadapinya dalam era penuh peristiwa dan pertembungan ideologi.

Ketika mula-mula Finland dan Sweden menyatakan hasrat mereka untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), semua negara anggota dijangka menerimanya dengan mudah.

Ini kerana Finland dan Sweden adalah negara Eropah yang merupakan sebahagian daripada Barat dan mereka pula berada di barisan hadapan dengan Rusia. 

Penyertaan kedua-dua negara itu pula dilihat akan menambahkan lagi tekanan terhadap Rusia yang kini sedang melanggar dan menakluk Ukraine.

Tetapi ternyata penyertaan mereka ke dalam Nato tidak semudah yang dijangka. 

Ada sebuah negara anggota yang membantah, iaitu Turki. 

Bantahan itu pula tiada mengena dengan Nato, Rusia  dan Ukraine. 

Ia berkaitan dengan kepentingan nasional Turki.

Untuk menyertai Nato bukanlah suatu proses yang mudah. 

Ia perlu memenuhi kriteria tertentu dan persetujuan semua negara anggota. 

Tentunya semakin besar Nato, bertambah sukar mencapai konsensus. 

Pada umumnya negara anggota akur dengan kehendak Amerika Syarikat (AS) yang memiliki kekuatan tentera paling kuat.

Tetapi tidak bagi Turki. 

Lebih-lebih lagi dengan gaya kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang asertif dan mengutamakan kepentingan nasional negaranya. 

Permohonan Sweden dan Finland untuk menyertai Nato membuka peluang kepada Turki menimbulkan isu perlindungan yang diberikan oleh negara-negara Nordic itu kepada pejuang pemisah Kurdis.

Erdogan tidak mempedulikan soal ancaman Rusia terhadap keselamatan Sweden dan Finland. 

Baginya, paling utama adalah keselamatan negaranya, yang dirasakan sedang diancam oleh pejuang-pejuang pemisah Kurdis Merdeka ini pula diketahui mendapat sokongan moral dari Barat, dengan sebahagiannya mendapat perlindungan di negara-negara Scandinavia termasuk Sweden.

Kumpulan Kurdis yang menjadi sasaran Erdogan ialah Parti Pekerja Kurdistan (PKK). 

Ia disenaraikan oleh Ankara sebagai sebuah kumpulan pengganas dengan ramai anggota dipenjara bertahun-tahun lamanya. 

Sebahagiannya mendapatkan perlindungan di negara-negara Eropah itu. 

Bagaimanapun, AS dan Kesatuan Eropah (EU) turut menganggapnya sebagai pertubuhan pengganas.

Apabila mendengar bantahan itu, Sweden menyatakan akan menghantar delegasi ke Turki untuk berunding bagi mendapatkan sokongan bagi mereka menyertai Nato. 

Tetapi Erdogan bertegas bahawa beliau tidak akan berganjak selagi soal Kurdis itu tidak diselesaikan oleh Sweden.

Bagi Erdogan, negara anggota Nato tidak wajar bermusuhan atau melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan sesama sendiri.

Menurut pandangannya, tindakan menyokong gerakan pemisah Kurdis adalah mengancam keselamatan nasional Turki.

Turki adalah sebuah negara pelbagai etnik. 

Paling dominan adalah etnik Turki. 

Tetapi Kurdis adalah minoriti besar yang menjadi majoriti di bahagian selatan negara itu. 

Dari satu segi, Turki adalah negara perkongsian antara etnik Turki dan Kurdis bersama kaum-kaum lain. 

Tetapi Republik Turki yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attaturk menetapkan bahawa Turki merupakan identiti nasional dan tiada tempat bagi etnik lain. 

Maknanya juga, semua warganegara tanpa mengira kaum menggunakan bahasa Turki, dan bahasa lain seperti Kurdis tidak dibenarkan.

Bagi Turki, jika identiti Kurdis dibenarkan, ia boleh membawa sentimen pemisahan untuk sebuah negara merdeka Kurdis di bahagian selatan. 

Sebarang pemisahan yang berlaku bukan saja akan mengecilkan wilayah Turki tetapi juga melemahkan republik itu. 

Inilah yang dikatakan bahawa gerakan pemisahan Kurdis mengancam keselamatan Turki. 

Erdogan atau sesiapa pun presiden Turki tidak akan berkompromi dalam hal ini. 

Lebih-lebih lagi ada kumpulaan Kurdis yang mengambil jalan pemberontakan bersenjata.

Isu Kurdis adalah soal serantau. 

Mereka mempunyai wilayah tersendiri di Syria, Iraq dan Iran. 

Kalau wilayah-wilayah ini digabungkan dan menjadi merdeka, ia merupakan sebuah negara Kurdistan yang besar. 

Tentunya ia boleh menjejaskan Turki, Syria dan Iraq. 

Di Iraq, wilayah Kurdis mempunyai autonomi. 

Walaupun sempadan Syria dan Iraq dilukis oleh kuasa kolonial tetapi tidak ada negara di rantau itu yang mahukan kewujudan Kurdistan.

Barat iaitu AS dan Eropah mempunyai kecenderungan untuk menyokong pihak Kurdis atas nama demokrasi dan hak asasi. 

Mereka melihat kaum Kurdis ditekan dan dinafikan hak. 

Maka mereka memberi perlindungan kepada pelarian politik Kurdis. 

Tetapi di sebalik itu, tentulah Turki berwaspada terhadap sebarang agenda Barat hendak melemahkan dan menguasai mereka.

Ini kerana Republik Turki lahir daripada warisan runtuhan kekhalifahan Uthmaniah. 

Ketika itu kuasa Barat dan Timur, iaitu Rusia berebutkan wilayah Uthmaniah. 

Greece, Britain, Rusia dan Armenia bertapak di bumi Turki. 

Negara Turki hampir tidak dapat diwujudkan. 

Kalau dapat wujud pun, ia mungkin menjadi kecil dan tidak mampu mempertahankan diri.

Tetapi semasa Perang Dingin, kekuatan Turki amat diperlukan oleh Barat. 

Ini kerana ia berada di barisan depan menghadapi Soviet Union. 

Bukan saja Barat mengalu-alukan kemasukan Turki ke dalam Nato tetapi juga tidak mempertikaikan pemerintahan tentera di Ankara yang tidak demokratik. 

Mereka juga tidak mempersoalkan layanan buruk yang diterima oleh kaum Kurdis.

Selepas Soviet Union runtuh, peranan Turki sebagai negara barisan depan sudah tidak timbul. 

Tetapi Turki aktif dalam campur tangan bersenjata di negara lain. 

Umpamanya perang antara Armenia dan Azerbaijan di Nagorno Karabakh.

Tetapi paling ketara ialah perang di Syria. 

Di sini Turki adalah bersama dengan Barat dalam usaha mereka hendak menjatuhkan rejim Bashar al-Assad dan menghalang Daesh. 

Perbezaan dengan Barat ialah Turki turut menyerang kumpulan-kumpulan Kurdis.

Tetapi apabila Rusia menyerap Crimea daripada Ukraine pada tahun 2014, Turki kembali menjadi barisan depan bagi Nato dan Barat. 

Kedudukan geografi Turki menjadikannya selama-lamanya berdepan dengan Rusia. 

Namun begitu, Rusia tidak ada isu dengan Turki. 

Malah Rusia tidak ada isu dengan kedua-dua Sweden dan Finland. 

Rusia hanya ada masalah dengan Ukraine.

Begitu juga bagi Turki. 

Ia tiada masalah dengan Rusia dan Ukraine. 

Ia hanya ada masalah dengan Sweden dan Finland berhubung dengan soal Kurdis. 

Tetapi ada pemerhati beranggapan bahawa soal pejuang Kurdis itu hanya salah satu bidak dalam percaturan Erdogan. 

Beliau sedang mengambil peluang daripada perang Ukraine. 

Dengan melambatkan penyertaan Sweden dan Finland ke dalam Nato, Turki sedang memberi tekanan kepada AS supaya meluluskan  penjualan jet pejuang kepadanya.

Ini kerana AS menghalang penjualan jet pejuang kepada Turki kerana pada tahun 2019 Ankara membeli peluru berpandu Rusia. 

Washington membantah pembelian peluru berpandu itu kerana bimbang ia membahayakan jet pejuang AS. 

Maka mereka menghentikan sebarang penjualan jet pejuang kepada Turki.

Bagi Erdogan, dia berhak untuk bebas membeli senjata dari mana-mana pihak walaupun Turki adalah anggota Nato. 

Ketika membeli peluru berpandu Rusia, negara itu sudah mengambil alih Crimea.

Adalah dijangka bahawa Erdogan akan akhirnya bersetuju dengan kemasukan Sweden dan Finland ke dalam Nato tetapi setelah permintaannya diterima. 

Inilah gaya kepimpinan Erdogan. Beliau tidak mudah akur dengan kehendak AS dengan begitu saja tanpa memperolehi manfaat daripadanya.

Bagi AS, fokusnya adalah untuk menundukkan Rusia bukan saja di Ukraine tetapi juga di peringkat global. 

Ia mengajak sekutu-sekutunya di seluruh dunia untuk bersamanya. 

Turki juga bersekutu dengan AS tetapi ia tetap mempunyai kepentingan dan agenda sendiri.

Oleh Zin Mahmud