- Iklan -
Rencana

48 tahun BN: Kestabilan dan kesetiaan

BN tidak berjanji bulan bintang, sebaliknya berjanji perkara yang boleh dilaksanakan dan ditunaikan mengambil kira kemampuan negara.

Tun Faisal Ismail Aziz
2 minit bacaan
Kongsi
Delegasi Barisan Nasional mendengar ucapan pimpinan dalam konvensyen gabungan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur. Gambar: Facebook
Delegasi Barisan Nasional mendengar ucapan pimpinan dalam konvensyen gabungan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur. Gambar: Facebook

Alhamdulillah, hari ini kita dapat menyambut ulang tahun Barian Nasional (BN) ke-48 dgn semangat luar biasa kepimpinan dan ahli-ahli BN. Ini tergambar jelas di Dewan Merdeka tadi.

Ucapan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membuktikan bahawa BN sejak mengambil alih kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) merupakan komponen penting dalam pembentukan kerajaan sedia ada.

Peranan pemimpin BN penting ketika negara bergelut dgn pandemik Covid-19 dan meyakinkan ketika membawa keluar negara dari kemelut ketidakstabilan politik yang menggugat negara seterusnya membawa rakyat melalui fasa peralihan endemik secara berhati-hati tetapi pasti.

Tema kestabilan dan kesetiaan kena pada ketikanya, kerana di bawah kepimpinan Ismail, kestabilan politik dicapai melalui permuafakatan politik yang belum pernah berlaku sepanjang 65 tahun kemerdekaan negara dan melaluinya negara dapat dibawa keluar ke fasa peralihan endemik dan pemulihan sosial dan ekonomi.

Dan selepas 22 bulan di bawah PH, saya yakin rakyat sendiri boleh menilai bahawa BN masih parti yang terbaik dalam soal pentadbiran negara dan menjaga kebajikan rakyat.

BN tidak berjanji bulan bintang atau menggula-gulakan pengundi dengan janji populis yang tidak boleh ditunaikan, sebaliknya berjanji perkara yang boleh dilaksanakan dan ditunaikan mengambil kira kemampuan negara.

Kesetiaan juga penting, kerana selepas mengharungi 22 bulan penuh kesengsaraan di bawah kerajaan PH, 17 bulan kesukaran memerangi pandemik Covid-19 dan mengharungi kekacauan politik, hanya yang setia dan cekal sahaja akan kekal bersama parti untuk meneruskan dan mempertahan prinsip perjuangan parti.

Yang tidak setia sudah hilang entah ke mana-mana.

BN bukan parti sempurna. Sudah tentu ada kelemahan di sana-sini dan dalam kalangan pemimpin tertentu.

Dalam kes saya, saya sendiri telah dihukum secara tidak adil oleh pihak tertentu. Tetapi soal peribadi harus dibezakan dari soal parti dan dasarnya.

Saya tetap menjunjung prinsip kesetiaan ini selagi prinsip dan dasar parti kekal.

Biarpun telah dihukum secara tidak adil, kesetiaan saya kpd parti dan perjuangan tidak tergugat.

Bagi saya, penentangan saya terhadap pemimpin tertentu adalah ketika prinsip dan dasar parti dilanggar, dan ia bukan penentangan terhadap batang tubuh dan bersifat peribadi.

Selepas semuanya selesai dan prinsip-prinsip serta dasar ini dipegang kembali, saya sudah tiada sebab menentang mereka lagi. Bagi saya ini bukan soal peribadi, tetapi hanya berkaitan prinsip dan dasar parti.

Yang baik untuk perjuangan dan parti, Insya Allah saya boleh sokong dan dukung sepenuh hati.

Selamat menyambut ulangtahun ke-48 BN, semoga BN terus diberi mandat memimpin dan mentadbir negara ini.

Semoga BN terus cemerlang dalam mengangkat kedudukan negara, menjaga kebajikan rakyat dan mempertahan prinsip yang menjadi asas keharmonian dan kesatuan negara ini.

Tun Faisal Ismail Aziz adalah timbalan ketua Umno Putrajaya.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.