- Iklan -
Rencana

Kritikan Fahmi terhadap laporan OPR tidak wajar

Beliau juga sepatutnya faham bahawa laporan itu memetik pandangan dan ramalan penganalisis dan ini merupakan amalan biasa dalam laporan pemberitaan bisnes dan urus niaga.

Johan Jaaffar
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Gambar: Bernama
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Gambar: Bernama

Saya kesal Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil membidas siaran Facebook Berita Harian berhubung laporan jangkaan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kenyataan Fahmi bahawa laporan itu satu penipuan dan fitnah sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab. Apatah lagi apabila ia datang dari seorang menteri yang bertanggungjawab ke atas media dan diberikan tanggungjawab sebagai jurucakap kerajaan.

Beliau juga sepatutnya faham bahawa laporan itu memetik pandangan dan ramalan penganalisis. Ini merupakan amalan biasa dalam laporan pemberitaan bisnes dan urus niaga seperti juga pandangan penganalisis politik dipetik untuk tujuan berita atau laporan politik semasa.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua pandangan, baik yang menyokong atau menentang kerajaan seharusnya diberikan tempat.

Saluran media bukan portal atau risalah rasmi kerajaan.

Dengan kenyataan itu Fahmi telah menanamkan rasa tidak yakin orang ramai ke atas media serta menjejaskan nama baik media tempatan.

Fahmi sebelum ini menjanjikan media bebas membuat laporan dalam kerangka undang-undang sedia ada.

Saya juga kecewa bahawa sebelum ini menteri berkenaan melenting dengan laporan persepsi dan skor kerajaan campuran yang dibuat oleh lima media arus perdana.

Saya melihat kecenderungan yang tidak sihat apabila beberapa orang menteri mempertikaikan laporan media yang tidak menyebelahi mereka. Saya berpendapat hal ini berlaku disebabkan menteri-menteri berkenaan tidak cukup matang untuk menangani isu media.

Johan Jaaffar adalah tokoh wartawan negara.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.