- Iklan -
Berita

Rampasan dadah di Australia memalukan Malaysia

Penghantaran yang begitu besar itu melibatkan dalang serta ramai individu di pelbagai peringkat operasi.

Mohideen Abdul Kader
1 minit bacaan
Kongsi
Pihak berkuasa Australia merampas 336kg heroin bernilai RM789.56 juta yang diseludup masuk menggunakan kontena melalui Brisbane dari Malaysia pada 13 Mac. Gambar: Facebook Polis Persekutuan Australia
Pihak berkuasa Australia merampas 336kg heroin bernilai RM789.56 juta yang diseludup masuk menggunakan kontena melalui Brisbane dari Malaysia pada 13 Mac. Gambar: Facebook Polis Persekutuan Australia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan rampasan oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) yang memintas penghantaran 336 kg heroin bernilai RM795 juta dari Malaysia ke Brisbane sebagai memalukan. Rampasan itu merupakan "kedua terbesar dalam rekod" Australia.

Sekiranya AFP tidak menemui penghantaran itu, 336 kg heroin tersebut akan memusnahkan nyawa ribuan orang. 

Lebih 106,200 orang meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan dadah manakala sebanyak 35 juta orang berhadapan dengan penyalahgunaan atau ketagihan bahan dalam beberapa bentuk di seluruh dunia pada 2021.

Amat sukar untuk memahami bagaimana blok konkrit dengan heroin sebanyak itu boleh terlepas daripada pengesanan pihak berkuasa Malaysia. 

Bagi penghantaran yang begitu besar, ia melibatkan dalang serta ramai individu di pelbagai peringkat operasi.

Oleh itu, kami menggesa pihak berkuasa Malaysia agar melancarkan siasatan dengan bekerjasama AFP untuk menangkap mereka yang terlibat tanpa mengira status sosial atau pekerjaan. 

Aktiviti haram itu amat memalukan terutamanya apabila percubaan itu tidak dikesan di banyak peringkat di Malaysia sehinggalah ia tiba di Australia.

Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.