- Iklan -
Rencana

Pemimpin PH harus jadi seorang negarawan

Tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 sepatutnya inklusif dan tidak menyerapkan sebarang unsur-unsur politik kepartian.

Iskandar Abdul Samad
1 minit bacaan
Kongsi

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu menjadi negarawan bukan pemimpin politik sepanjang masa.

Mereka perlu menyedari mereka adalah pemimpin kerajaan yang mewakili semua rakyat dan bukan sahaja pemimpin parti politik masing-masing.

Tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 sepatutnya inklusif dan tidak menyerapkan sebarang unsur-unsur politik kepartian.

Tema tersebut, "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", boleh disalah erti sebagai merujuk kepada pakatan politik PH.

Walaupun ia mungkin bukan niat tema tersebut namun tema itu sepatutnya dapat menyatukan rakyat dan tidak menyentuh langsung unsur-unsur yang boleh mencetuskan kontroversi.

Ada banyak perkataan yang boleh menggantikan perkataan harapan seperti aspirasi atau wawasan.

Sambutan ulang tahun kemerdekaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia dan peluang untuk kita menyatupadukan rakyat setelah kita melalui dua pilihan raya yang sengit.

Masanya adalah untuk kita sama-sama membina negara.

Berjiwa besar dan mencontohi kerajaan-kerajaan sebelum ini yang memilih tema-tema yang berkecuali dan inklusif.

Iskandar Abdul Samad ialah ketua penyelaras Pusat Sumber Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH).

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi