- Iklan -
Rencana

Kebisuan kerajaan mengenai nasib Uighur dan komik agungkan China

Malaysia tidak menyertai 51 negara lain dalam kenyataan bersama mengutuk kekejaman terhadap umat Islam Uighur.

Na’im Brundage
1 minit bacaan
Kongsi

Pada 6 Ogos 2024, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution menandatangani Warta Kerajaan Persekutuan yang membatalkan perintah larangan terhadap penerbitan komik kontroversi oleh bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau, atau lebih dikenali sebagai “Superman Hew”.

Komik tersebut mengandungi pelbagai isu yang mencetuskan kontroversi, namun yang paling meresahkan sekali adalah gambaran pemuda Melayu yang prihatin terhadap penindasan etnik Uighur di Xinjiang sebagai golongan radikal.

Bagi mereka yang belum memahami sepenuhnya situasi penindasan yang berlaku di Xinjiang, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memperincikan pelanggaran hak asasi manusia yang serius, termasuk penyeksaan, buruh paksa, dan penahanan tanpa perbicaraan terhadap etnik Uighur yang beragama Islam.

Kebisuan Malaysia terhadap genosid di Xinjiang semakin ketara apabila pada Oktober 2023, Malaysia tidak menyertai 51 negara lain dalam mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk tindakan kejam tersebut. 

Situasi ini jauh berbeza dengan pendirian Malaysia terhadap genosid di negara-negara lain, termasuk di Gaza.

Kerajaan Malaysia perlu segera memberi penjelasan mengapa sehingga kini negara masih gagal mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk genosid yang dihadapi oleh etnik Uighur di China. 

Alasan untuk menjaga hubungan baik dengan China tidak boleh diterima, kerana isu penindasan hak asasi manusia seperti ini harus mengatasi kepentingan material semata-mata.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.