- Iklan -
Dunia

Keadaan Shinzo Abe 'sangat tenat', kata PM Jepun

Fumio Kishida menyifatkan kejadian itu sebagai satu perkara yang 'tidak boleh dimaafkan'.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar petugas kecemasan yang dirakam Jiji Press ketika membawa bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe masuk ke van kecemasan selepas ditembak sewaktu menyampaikan ucapan di bandar Nara, Jepun. Gambar: AFP

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata bekas perdana menteri Shinzo Abe berada dalam keadaan yang "sangat tenat" selepas ditembak awal hari ini.

"Saya berdoa bekas perdana menteri Abe dapat terus bertahan," kata Kishida.

"Ini adalah satu tindakan ganas sepanjang kempen pilihan raya berlangsung, di mana ia merupakan asas demokrasi (Jepun), perkara ini tidak boleh dimaafkan.

"Saya mengutuk keras perbuatan ganas ini."

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi