- Iklan -
Dunia

China mahu tumpu pengangkutan maritim hijau, karbon rendah

Pengangkutan maritim meliputi 95% jumlah keseluruhan pengangkutan kargo untuk perdagangan luar China.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Setakat hujung 2021, kapasiti pengangkutan kapal yang dikendalikan China mencatat 350 juta DWT, sekali gus menduduki tempat kedua di seluruh dunia. Gambar: AFP
Setakat hujung 2021, kapasiti pengangkutan kapal yang dikendalikan China mencatat 350 juta DWT, sekali gus menduduki tempat kedua di seluruh dunia. Gambar: AFP

China mengumumkan akan menumpukan pembangunan pengangkutan maritim hijau, karbon rendah dan pintar sempena Hari Pelayaran China Ke-18.

Menurut pihak jawatankuasa penganjur sambutan itu, beberapa siri aktiviti akan diadakan termasuk Forum Hari Pelayaran China, Mesyuarat Akademik Pelayaran Kebangsaan, Minggu Sosialisasi Ilmu Pelayaran Kebangsaan serta Ekspo Sains dan Teknologi Pelayaran dengan bertemakan "ke arah trend baru; pelayaran hijau, rendah karbon dan pintar".

Dimaklumkan, pengangkutan maritim meliputi 95% jumlah keseluruhan pengangkutan kargo untuk perdagangan luar China.

Setakat hujung 2021, kapasiti pengangkutan kapal yang dikendalikan China mencatat 350 juta DWT, sekali gus menduduki tempat kedua di seluruh dunia.

Untuk rekod, jabatan yang berkaitan turut giat membuat penempatan dari segi pembangunan infrastruktur, penyusunan semula struktur pengangkutan, penggunaan tenaga baru dan bersih, dan menangani pencemaran pada mutakhir ini.

Ia secara tidak langsung menyaksikan pencapaian hasil yang ketara dalam perkembangan hijau, karbon rendah dan pintar.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.