- Iklan -
Dunia

Vietnam gesa segerakan pemberian suntikan vaksin dos ketiga dan keempat

Pendekatan itu diambil susulan sub varian BA.4 dan BA.5 dikesan dalam negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sub varian Omicron BA.4 dan BA.5 sudah dikesan dalam komuniti di Vietnam. Gambar: AFP
Sub varian Omicron BA.4 dan BA.5 sudah dikesan dalam komuniti di Vietnam. Gambar: AFP

Kementerian Kesihatan Vietnam menggesa agar suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga dan keempat dipercepatkan, berikutan perkembangan terkini berkaitan varian BA.4 dan BA.5 di banyak negara Eropah.

Menurut kementerian meskipun wabak itu terkawal di seluruh negara, tetapi dua varian baru itu dikesan dalam komuniti, lapor Agensi Berita Vietnam. 

Kementerian menjangkakan jumlah kes Covid-19 mungkin terus meningkat dan merebak secara besar-besaran pada masa akan datang sekiranya langkah drastik tidak diambil.

Berikutan itu, kementerian mencadangkan pengerusi jawatankuasa rakyat wilayah dan bandar  memastikan arahan kerajaan dan perdana menteri serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak dilaksana dengan berkesan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.