- Iklan -
Dunia

AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia

Langkah itu diambil supaya negara itu terus mengeluarkan minyak walaupun harga siling ditetapkan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan salah satu pusat pemprosesan minyak Rusia di kawasan selatan Moscow. Gambar: AFP
Pemandangan salah satu pusat pemprosesan minyak Rusia di kawasan selatan Moscow. Gambar: AFP

Amerika Syarikat (AS) mungkin menetapkan harga siling minyak yang “untungkan” Rusia supaya Moscow tidak berhenti mengeluarkan minyak, lapor Sputnik memetik kenyataan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dalam sesi temu bual dengan The Wall Street Journal.

"Kami menjangkakan penetapan harga siling pada tahap menguntungkan agar negara itu terus keluarkan minyak," kata Yellen ketika ditemu bual di Tokyo.

Beliau berkata demikian susulan laporan mengenai Rusia mungkin menghentikan pengeluaran minyak akibat penetapan harga siling. 

Terdahulu, Yellen berkata beliau telah membincangkan cadangan mengenai penetapan harga siling minyak Rusia dengan Timbalan Perdana Menteri China Liu He ketika mengadakan pertemuan secara maya.

"Mereka mendengar dan bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu itu," katanya.

Sementara itu, Perbendaharaan AS memaklumkan bahawa Timbalan Setiausaha Perbendaharaan AS Wally Adeyemo dan Menteri Kewangan Ukraine Sergii Marchenko telah mengadakan perbincangan mengenai kemajuan mengenai isu itu.

"Adeyemo mengulangi bahawa Perbendaharaan AS terus mengaplikasikan sekatan demi mengehadkan keupayaan Rusia melaksanakan operasi ketenteraannya di Ukraine, serta meredakan kesan akibat krisis yang berlaku Ukraine terhadap pasaran harga minyak dan tenaga global," menurut Perbendaharaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kedua-dua pihak turut membincangkan bantuan ekonomi antarabangsa oleh negara-negara penderma, termasuk sumbangan terbaharu AS kepada Ukraine berjumlah AS$1.7 bilion bagi menyokong belanjawan secara langsung, menurut kenyataan itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.