- Iklan -
Dunia

Pemangku presiden Sri Lanka isytihar perintah darurat

Pencalonan presiden melalui parlimen Sri Lanka akan dibuka esok.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penunjuka perasaan mengibarkan bendera Sri Lanka di pejabat presiden, Colombo pada 13 Julai lalu. Gambar: AFP
Seorang penunjuka perasaan mengibarkan bendera Sri Lanka di pejabat presiden, Colombo pada 13 Julai lalu. Gambar: AFP

Pemangku Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe mengumumkan perintah darurat di seluruh negara berkuat kuasa hari ini, lapor Xinhua.

Dalam sebuah pekeliling, Wickremesinghe mengumumkan perintah darurat bagi kepentingan keselamatan orang awam, selain melindungi undang-undang demi memastikan kelancaran penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan penting dalam kalangan rakyat.

Parlimen Sri Lanka dijadualkan melantik presiden baru pada 20 Julai ini berikutan peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Singapura melalui Maldives di tengah-tengah kemelut ekonomi di negara itu.

Nama calon presiden yang baru akan dibuka pada Selasa.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.