- Iklan -
Dunia

Presiden Ukraine pecat ketua perkhidmatan keselamatan, didakwa khianat

Lebih 60 pegawai perkhidmatan keselamatan Ukraine didakwa bekerjasama dengan Rusia sewaktu pencerobohan ke atas negara itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berucap ketika melawat bandar Bucha yang terletak di barat laut Kyiv pada April lalu. Gambar: AFP
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berucap ketika melawat bandar Bucha yang terletak di barat laut Kyiv pada April lalu. Gambar: AFP

Presiden Volodymyr Zelensky memecat ketua perkhidmatan keselamatan dalam negeri dan pendakwa raya kerajaan Ukraine, mengatakan wujud ratusan kes khianat dan kerjasama dengan Rusia sewaktu Moscow meningkatkan operasi ketenteraannya di negara itu.

Zelensky berkata lebih 60 pegawai dari perkhidmatan keselamatan SBU dan pejabat pendakwa raya bekerja menentang Ukraine di wilayah yang kini diduduki Rusia, selain turut membuka 651 kes khianat dan kerjasama dengan Rusia melibatkan pegawai penguatkuasa undang-undang.

Pemecatan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Ivan Bakanov, dan Ketua Pendakwa Raya Iryna Venediktova, yang mengetuai usaha pendakwaan jenayah perang Rusia, mendedahkan cabaran dihadapi Ukraine mengenai penyusupan Rusia dalam pentadbiran ketika Kyiv mempertahankan diri daripada serangan Moscow.

"Pelbagai jenayah yang timbul melibatkan keselamatan negara, menimbulkan persoalan yang sangat serius berhubung pemimpin berkaitan isu itu,” kata Zelensky. 

“Setiap persoalan akan dirungkaikan."

Dalam sebuah ucapan, Zelensky berkata penahanan bekas ketua SBU yang bertanggungjawab mengawasi wilayah Crimea adalah kerana disyaki khianat.

Crimea adalah semenanjung dijajah Rusia pada 2014 di mana Kyiv dan Barat masih menganggapnya sebagai wilayah Ukraine.

Zelensky berkata beliau memecat pegawai keselamatan tertinggi ketika awal pencerobohan Rusia dilaksanakan, di mana menurutnya adalah keputusan kini terbukti berasas.

"Bukti yang cukup telah dikumpul untuk melaporkan mengenai orang ini kerana disyaki melakukan khianat. 

“Semua kegiatan jenayahnya telah didokumentasikan,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.