- Iklan -
Dunia

Syria putuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine

Kementerian Luar itu mendakwa Ukraine bersikap agresif terhadap Syria sejak 2018.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Luar Syria Faisal Mekdad berucap ketika mesyuarat bersama rakan sejawatnya di Tehran, Iran hari ini. Gambar: AFP
Menteri Luar Syria Faisal Mekdad berucap ketika mesyuarat bersama rakan sejawatnya di Tehran, Iran hari ini. Gambar: AFP

Syria pada Rabu memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah sama yang diambil Kiev pada bulan lepas, lapor Xinhua.

Kementerian Luar Syria ketika mengumumkan perkara itu turut mendakwa Ukraine telah bersikap agresif terhadap Syria sejak 2018.

Pada 2 Jun lalu, Ukraine memutuskan hubungan dengan Syria selepas Damsyik mengiktiraf kemerdekaan wilayah Donetsk dan Luhansk.