- Iklan -
Dunia

Gelombang haba di Britain dijangka naik 10 kali ganda

Menurut saintis, jika tiada fenomena perubahan iklim yang meningkatkan suhu berbanding suhu sebelum era perindustrian.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai terjun dari kawasan tinggi pantai Brighton di selatan England pada 17 Julai. Gambar: AFP
Orang ramai terjun dari kawasan tinggi pantai Brighton di selatan England pada 17 Julai. Gambar: AFP

Gelombang haba yang berpunca daripada perubahan iklim di Britain mungkin akan meningkat sekurang-kurangnya 10 kali lebih tinggi, kata saintis dalam sebuah laporan.

Pada 19 Julai, suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius (104 Fahrenheit) di Lapangan Terbang Heathrow.

Sementara rekod tertinggi suhu dilaporkan di 46 stesen pemantauan di seluruh negara itu.

Panggilan kecemasan untuk ambulans juga turut meningkat selain kebakaran rumput dilaporkan di sekitar London.

Pasukan penyelidik berkata cuaca panas melampau seperti itu tidak mungkin berlaku jika tidak kerana perubahan iklim di mana ia meningkatkan suhu lebih tinggi berbanding era perindustrian yang bermula pada pertengahan abad ke-19.

Mereka kemudiannya membandingkan kemungkinan itu dengan gelombang haba yang berlaku dalam iklim semasa - iaitu bumi hampir 1.2 darjah Celsius lebih panas secara purata berbanding pada zaman praindustri.

"Kita hidup dalam dunia di mana suhu meningkat dengan cepat," kata Friederike Otto, seorang saintis iklim di Imperial College London. 

Menurut World Weather Attribution (WWA), perubahan iklim menjadikan gelombang haba lebih kerap dan lebih teruk.

Untuk menentukan bagaimana perubahan iklim mempengaruhi kemungkinan gelombang haba di Britain, 21 saintis iklim WWA, termasuk Otto, melakukan analisis menggunakan data cuaca dan simulasi komputer untuk membandingkan iklim hari ini dengan masa lalu.

Sebelum revolusi perindustrian dan peningkatan pemanasan planet, mereka mendapati kemungkinan gelombang haba berlaku mungkin lebih kecil dan akan 4 darjah Celsius lebih sejuk.

Bagaimanapun, saintis menambah anggaran yang dibuat masih konservatif, kerana suhu ekstrem di Eropah barat telah meningkat lebih daripada model simulasi iklim mereka.

"Model iklim mempunyai berat sebelah sistematik kerana ia tidak dapat mengenal pasti arah aliran suhu melampau pada musim panas di Eropah barat kerana perubahan iklim," kata Otto.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.