- Iklan -
Dunia

India lapor kes cacar monyet pertama babit wanita

Warga Nigeria itu berada di New Delhi sejak lebih sebulan lalu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menuruni tangga jejantas di New Delhi pada 12 November 2021. Gambar: AFP
Orang ramai menuruni tangga jejantas di New Delhi pada 12 November 2021. Gambar: AFP

Kes pertama cacar monyet membabitkan seorang wanita dilaporkan di New Delhi, India, lapor Sputnik. 

Seorang wanita Nigeria berusia 30-an disahkan positif cacar monyet pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di India kepada sembilan, menurut Indian Express.

Wanita itu telah berada di New Delhi selama lebih sebulan dan tidak melakukan sebarang perjalanan antarabangsa dalam tempoh 21 hari lalu.

Sementara itu, lima kes jangkitan wabak dilaporkan di barat daya Kerala, dan kesemua pesakit mempunyai rekod perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu.

India melaporkan kematian pertama akibat wabak cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari Kerala pada 31 Julai.

Menurut Menteri Kesihatan Kerala Veena George, lelaki itu disahkan positif virus itu sebelum menaiki pesawat ke India, tetapi tidak mengalami sebarang gejala sebelum dimasukkan ke hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai lalu.

Lebih 25,000 kes telah dilaporkan di seluruh dunia di lebih 70 negara setakat ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.