Syarikat penerbangan Thailand diminta elak ruang udara sekitar Taiwan
Pihak berkuasa penerbangan negara itu berkata juruterbang perlu sentiasa menyemak pengumuman terkini dikeluarkan oleh China.
Terkini
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) pada Khamis menasihatkan semua syarikat penerbangan di negara ini untuk mengelak menggunakan ruang udara sekitar Taiwan ketika China memulakan latihan ketenteraan di sekitar pulau itu mulai semalam.
“Semua syarikat penerbangan mesti mematuhi notis kepada juruterbang (Notam) dan sentiasa menyemak pengumuman terkini Notam yang dikeluarkan oleh China,” menurut CAAT.
Pada Khamis, China mengumumkan pihaknya telah memulakan latihan ketenteraandi enam zon sekitar Taiwan sehingga Ahad.
Kementerian pertahanan Taiwan memaklumkan beberapa peluru berpandu Dongfeng telah dilancarkan di perairan timur laut dan barat daya pulau itu, lapor Reuters.
Ketegangan di Selat Taiwan meningkat selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke pulau itu pada Selasa.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.