- Iklan -
Dunia

Taufan Mulan landa selatan China

Taufan itu dijangka bergerak menuju ke barat laut dengan kelajuan 20km sejam menuju Teluk Beibu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Jabatan kaji cuaca meramalkan akan berlaku angin kuat dan hujan lebat di Guangdong antara pagi Rabu dan Khamis. Gambar: Bernama
Jabatan kaji cuaca meramalkan akan berlaku angin kuat dan hujan lebat di Guangdong antara pagi Rabu dan Khamis. Gambar: Bernama

Taufan Mulan, taufan ketujuh tahun ini, melanda kawasan pantai di Daerah Xuwen di Bandar Zhanjiang, Wilayah Guangdong di selatan China, kira-kira pukul 10.50 pagi Rabu sebagai ribut tropika, menurut Perkhidmatan Meteorologi Guangdong, kata Xinhua.

Taufan itu dijangka bergerak menuju ke barat laut pada kelajuan kira-kira 20km sejam, sebelum memasuki Teluk Beibu petang Rabu, dengan intensitinya yang semakin perlahan.

Jabatan kaji cuaca meramalkan akan berlaku angin kuat dan hujan lebat di Guangdong antara pagi Rabu dan Khamis.

Jadual beberapa laluan kereta api berkelajuan tinggi dan penerbangan di Guangdong telah diselaraskan buat sementara waktu, dan pelepasan kastam turut dihentikan sementara di pelabuhan yang berkaitan.

Setakat pukul 8 pagi, semua penerbangan di Lapangan Terbang Zhanjiang Wuchuan telah dibatalkan