- Iklan -
Dunia

Berdepan protes, Sri Lanka umum tidak akan lanjutkan darurat

Darurat diisytiharkan pemangku presiden pada 18 Julai bulan lalu ketika Gotabaya Rajapaksa melarikan diri.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Polis berkawal di pintu masuk kediaman rasmi presiden Sri Lanka di Colombo pada 15 Julai selepas diserbu penunjuk perasaan pada 9 Julai. Gambar: AFP
Polis berkawal di pintu masuk kediaman rasmi presiden Sri Lanka di Colombo pada 15 Julai selepas diserbu penunjuk perasaan pada 9 Julai. Gambar: AFP

Sri Lanka tidak akan melanjutkan tempoh darurat yang diisytiharkan bulan lalu di negara itu, kata pejabat Presiden Ranil Wickremesinghe.

Keputusan menamatkan darurat pada Khamis ini diambil berikutan keadaan di negara itu kini semakin terkawal.

Pentadbiran Ranil Wickremesinghe menggunakan undang-undang keras itu pada 18 Julai ketika memangku jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Ia diisytiharkan empat hari selepas pendahulunya melarikan diri dari negara itu dan meletak jawatan pada 14 Julai.

Wickremesinge dilantik sebagai presiden selepas beliau menerima undia tertinggi di parlimen pada 20 Julai.

Tempoh darurat itu membenarkan tentera dan polis menangkap dan menahan suspek untuk tempoh yang lama.

Dilaporkan seramai 22 juta penduduk negara itu mengalami kekurangan barangan keperluan sejak akhir tahun lalu, selepas negara kehabisan pertukaran asing untuk membiayai import.

Negara itu gagal membayar hutang asingnya sebanyak AS$51 bilion (RM ) pada pertengahan April dan sedang berbincang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan dana bantuan sebanyak AS$3 bilion.

Sri Lanka kini berdepan dengan hiperinflasi, dengan kadar keseluruhan pada 60.8%, manakala inflasi makanan berada pada paras lebih tinggi 90.9% bulan lalu, menurut data rasmi. 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.