- Iklan -
Berita

India beri tempat tinggal, jamin keselamatan pelarian Rohingya

Kerajaan berkata India sentiasa mengalu-alukan pelarian yang mencari perlindungan di wilayahnya.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pelarian Rohingya berehat di sebuah kawasan perlindungi di New Delhi dalam gambar fail 16 April 2018 ini. Gambar: AFP
Pelarian Rohingya berehat di sebuah kawasan perlindungi di New Delhi dalam gambar fail 16 April 2018 ini. Gambar: AFP

Pelarian Rohingya dari Myanmar di ibu negara India akan diberi tempat tinggal dan perlindungan polis, kata seorang menteri pada Rabu, membayangkan akan ada perubahan berhubung pendirian kerajaan negara itu berhubung golongan minoriti Islam tersebut.

"India sentiasa mengalu-alukan pelarian yang cari perlindungan (di sini),” kata Menteri Perumahan dan Hal Ehwal Bandar Hardeep Singh Puri dalam satu ciapan Twitter.

"India menghormati & mematuhi Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 dan menyediakan perlindungan kepada semua, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan mereka," kata Puri.

Bagaimanapun, Puri tidak menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan sebagai perlindungan polis "sepanjang masa" ketika beberapa laporan menunjukkan wujud insiden keganasan terpencil terhadap komuniti Rohingya di India.

Sebelum ini, kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi cuba menghantar semula pelarian Rohingya yang merupakan penganut Islam dari Myanmar yang majoriti penduduknya beragama Buddha. 

Ratusan ribu pelarian daripada komuniti itu meninggalkan tempat tinggal mereka di Myanmar bagi mengelak penganiayaan dan keganasan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.