- Iklan -
Dunia

Tahanan Palestin di penjara Israel akan mulakan mogok lapar

Media turut melaporkan lagi 19 warga Palestin ditahan di Tebing Barat hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Konflik antara pihak berkuasa Israel dengan warga Palestin berterusan dengan operasi tangkapan terus dijalankan di sekitar Tebing Barat oleh tentera Israel. Gambar: AFP
Konflik antara pihak berkuasa Israel dengan warga Palestin berterusan dengan operasi tangkapan terus dijalankan di sekitar Tebing Barat oleh tentera Israel. Gambar: AFP

Lebih 4,500 tahanan Palestin di penjara Israel akan mengadakan mogok lapar minggu ini dan enggan hadir sesi "pemeriksaan keselamatan" bagi membantah tindakan tidak wajar pihak penjara.

Menurut Agensi Berita Jordan (Petra), Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mogok lapar akan diadakan pada Isnin dan Rabu secara berperingkat bagi tempoh dua minggu akan datang, sebelum melibatkan semua tahanan Palestin.

Tahanan turut menubuhkan sebuah jawatankuasa selepas Israel mengarahkan hukuman dilaksanakan ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian lolos dari penjara dikenali "Freedom Tunnel". 

Jawatankuasa itu memaklumkan pihaknya akan bertindak selepas pentadbiran penjara mengingkari ikrar yang dibuat pada Mac.

Pihak penjara juga mengisytiharkan akan mengenakan tindakan tegas terhadap tahanan yang terbabit dengan melaksanakan hukuman penjara seumur hidup, termasuk memindahkan mereka ke penjara lain. 

Sementara itu, media melaporkan tentera Israel membuat serbuan di sekitar bandar Tebing Barat pada subuh serta menahan 19 rakyat Palestin.