- Iklan -
Dunia

Mahkamah junta putuskan Suu Kyi bersalah, dihukum penjara 3 tahun

Pemimpin Myanmar yang digulingkan oleh tentera itu disabitkan bersalah atas dakwaan menipu ketika pilihan raya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi. Gambar: Reuters
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi. Gambar: Reuters

Mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan melakukan penipuan dalam pilihan raya, lapor media tempatan pada Jumaat.

Pemimpin yang digulingkan itu disabitkan bersalah atas dakwaan menipu ketika pilihan raya oleh Majlis Perang Melawan Keganasan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Khit Thit Media.

Bulan lalu, mahkamah junta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepada bekas Kaunselor itu. 

Dia sebelum ini disabitkan dengan enam pertuduhan lain pada Disember, Januari dan April.

Suu Kyi sehingga ini disabitkan dengan hukuman penjara yang tempohnya berjumlah 20 tahun selepas tentera menggulingkan kerajaannya pada Februari tahun lalu.

Pada Jun lepas, rejim tentera memindahkannya ke penjara dan menempatkannya dalam kurungan perseorangan.

Selepas rampasan kuasa  pada 24 Februari 2021, Suu Kyi telah menjalani hukuman tahanan di rumah sehingga April lepas, dan kemudian dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui tetapi dipercayai Penjara Naypyitaw.

Dia menghadapi puluhan pertuduhan, termasuk rasuah, dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada April.

Kerajaan Suu Kyi telah digulingkan pada 1 Februari 2021 dalam rampasan kuasa tentera selepas memenangi pilihan raya kebangsaan pada November 2020.

Orang ramai mengecam tindakan penyingkiran dan rampasan kuasa oleh tentera. 

Sejak rampasan kuasa itu, junta telah membunuh lebih 1,500 orang yang menentang kerajaannya, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik, sebuah kumpulan pemantau tempatan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.