- Iklan -
Dunia

2 maut insiden tembakan rambang di AS

Lima lagi cedera dalam insiden di Virginia itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Empat wanita dan tiga lelaki ditembak dalam kejadian tembakan rambang di Norfolk, Virginia, AS. Gambar: Pexels
Empat wanita dan tiga lelaki ditembak dalam kejadian tembakan rambang di Norfolk, Virginia, AS. Gambar: Pexels

Dua orang maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di Norfolk di timur Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Polis Norfolk memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden tembakan di blok 5000 Killam Avenue sekitar tengah malam dan mendapati empat wanita dan tiga lelaki telah ditembak, lapor Xinhua.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital, dan dua daripadanya meninggal dunia akibat cedera parah.

Motif kejadian masih disiasat.

Sekurang-kurangnya 458 kejadian tembakan dilaporkan di AS setakat tahun ini, memetik data terkini Arkib Keganasan Senjata.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.