- Iklan -
Dunia

Ahli perniagaan Malaysia terlibat kes rasuah tentera AS lari tahanan rumah

Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai 'Fat Leonard' memotong gelang pemantauan lokasinya pada pagi Ahad.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Leonard Glenn Francis (tengah) menyediakan wang tunai, barangan mewah dan pesta seks kepada pegawai Tentera Laut AS sebagai pertukaran maklumat rahsia tentera. Gambar: Tangkap layar YouTube
Leonard Glenn Francis (tengah) menyediakan wang tunai, barangan mewah dan pesta seks kepada pegawai Tentera Laut AS sebagai pertukaran maklumat rahsia tentera. Gambar: Tangkap layar YouTube

Seorang ahli perniagaan Malaysia yang terlibat dengan skandal rasuah utama Tentera Laut AS melarikan diri daripada tahanan rumah menjelang keputusan mahkamah dengan memotong gelang  pemantauannya, lapor San Diego Union-Tribune pada Isnin.

Leonard Glenn Francis, yang lebih dikenali sebagai “Fat Leonard," memotong gelang kaki GPSnya pada pagi Ahad di mana polis mendapati rumahnya kosong, lapornya memetik Timbalan Panglima Tentera Laut AS Omar Castillo.

Dalam kes rasuahnya, pendakwaan berkata sebagai pertukaran kontrak, Francis telah memberi wang tunai kepada pegawai tentera selain menyediakan makanan gourmet, cerut, arak dan pesta seks liar di hotel-hotel mewah untuk mereka.

Penguatkuasaan undang-undang tempatan dan Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut kini dalam usaha pencariannya, kata Union-Tribune.

“Apa yang pasti, dia sudah merancang perkara ini,” Castillo dipetik sebagai berkata. 

Dalam pada itu, jiran-jirannya melaporkan mereka melihat trak bergerak masuk dan keluar dari rumahnya sejak beberapa hari lalu, kata Castillo.

Leonard, yang bekerjasama dengan penyiasat AS, dibebaskan dengan pemantauan perubatan dan berada di bawah tahanan rumah.

Dia dijadualkan mendengar hukumannya pada 22 September depan.

Pada 2015, Leonard mengaku bersalah merasuah pegawai Tentera Laut AS sebagai sebahagian daripada penipuan yang melibatkan syarikatnya, Glenn Defence Marine Asia yang memberi perkhidmatan kepada kapal-kapal di Armada Pasifik Tentera Laut.

Syarikat milik Leonard itu berpangkalan di Singapura 

Jabatan Kehakiman AS (DoJ), menyifatkan perbuatan Leonard sebagai penipuan besar yang menelan perbelanjaan berpuluh juta. 

DoJ memfailkan pendakwaan terhadap lebih 30 individu di mana kebanyakan mereka mengaku bersalah atau disabitkan kesalahan dalam perbicaraan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.