- Iklan -
Dunia

Dagangan asing China melonjak 10.1%, lebih AS$3 trilion dalam tempoh 8 bulan

Eksport China meningkat 14.2% manakala import meningkat 5.2%.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung pusat beli-belah di Chengdu, Sichuan menggunakan eskalator dan memakai pelitup muka. Dagangan China meningkat lebih 10% setakat Ogos lalu. Gambar: AFP
Pengunjung pusat beli-belah di Chengdu, Sichuan menggunakan eskalator dan memakai pelitup muka. Dagangan China meningkat lebih 10% setakat Ogos lalu. Gambar: AFP

Perdagangan barangan asing China melonjak 10.1% secara tahunan kepada 27.3 trilion yuan (kira-kira US$3.95 trilion) dalam tempoh lapan bulan pertama tahun itu, lapor Xinhua.

Eksport menokok 14.2% kepada 15.48 trilion yuan, manakala import meningkat 5.2% kepada 11.82 trilion yuan, menurut pentadbiran am kastam negara itu pada Rabu.

Dari Januari hingga Ogos, perdagangan China dengan tiga rakan dagangan utama termasuk Asean, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan masing-masing 14%, 9.5% dan 10.1%. 

Dalam tempoh itu, perdagangan China dengan negara yang terlibat dengan projek Jalur dan Laluan (BRI) melonjak 20.2% kepada 8.77 trilion yuan.

Eksport produk mekanikal dan elektrik berkembang 9.8% kepada 56.5% daripada jumlah keseluruhan, dan eksport produk berintensif buruh melonjak 14.1% berbanding setahun lalu.

Perusahaan swasta menyaksikan import dan eksport meningkat 14.9% berbanding tahun lalu kepada 13.68 trilion yuan dalam lapan bulan pertama, menyumbang 50.1% daripada jumlah keseluruhan negara.

Nilai perdagangan firma pelaburan asing meningkat 2.4%, dan perusahaan milik kerajaan meningkat 15.1% dalam tempoh yang sama.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.