- Iklan -
Dunia

Jasad mendiang Ratu Elizabeth tiba di London

Ia akan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga istiadat pemakaman dijalankan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tentera Udara Diraja Britain mengangkat keranda Ratu Elizabeth II di Lapangan Terbang Edinburgh pada 13 September, sebelum dibawa ke Istana Buckingham di London. Gambar: AFP
Tentera Udara Diraja Britain mengangkat keranda Ratu Elizabeth II di Lapangan Terbang Edinburgh pada 13 September, sebelum dibawa ke Istana Buckingham di London. Gambar: AFP

Jasad Ratu Elizabeth II tiba di London dan akan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga Istiadat Pemakaman Negara pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Sementara itu anakanda Ratu Elizabeth II, Puteri Anne dalam satu kenyataan menzahirkan rasa terharu atas kasih sayang dan penghormatan yang diberikan orang ramai ketika jasad mendiang Ratu dibawa dengan menggunakan kenderaan khas menuju ke Istana Buckingham.

Jasad Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di Bow Room sebelum dibawa ke Istana Westminster.

Raja Charles III dan Permaisuri Camilla, tiba di Istana Buckingham pada petang Selasa.

Menurut UPI, terdahulu pasangan diraja itu berkenan menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Anne.