- Iklan -
Dunia

Setiausaha agung PBB akan sertai sidang kemuncak G20 di Bali

Antonio Guterres dijangka akan membangkitkan isu Mynamar di sidang pada November.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres. Gambar: AFP
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres. Gambar: AFP

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan menghadiri sidang kemuncak G20 di Bali November ini, menurut kenyataan Kementerian Luar Indonesia pada Isnin.

Menterinya Retno Marsudi menzahirkan penghargaan kepada Guterres atas pengesahan kehadiran ketika sesi mesyuarat PBB di ibu pejabat badan dunia itu di New York.

Gutteres dan Retno turut membincangkan pelbagai isu global yang menjadi perhatian bersama, termasuk membabitkan isu Myanmar.

Sidang Kemuncak G20 dijadual berlangsung dari 15 hingga 16 November 2022.

Menurut kementerian itu, sidang kemuncak G20 dijangka dapat memupuk kerjasama kukuh yang memberi manfaat kepada dunia.

Menyentuh mengenai Myanmar, Retno dan Guterres melahirkan kekecewaan kerana junta tentera tidak menunjukkan komitmen dalam melaksanakan konsensus lima perkara (5PC) demi menamatkan konflik di negara itu.

Bagaimanapun, Guterres mengulangi sokongannya terhadap 5PC dan yakin bahawa komunikasi dan penyelarasan antara PBB dan Indonesia akan dipergiat apabila Indonesia mempengerusikan Asean pada tahun depan.

Sesi ke-77 UNGA bermula Selasa lalu, manakala sesi High Level Week akan berlangsung dari 20 hingga 26 September bertemakan, "A watershed moment: transformative solutions to interlocking challenges."