Mata wang pound Britain jatuh hampir 3% berbanding dolar AS pada pagi Isnin, dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan.
Sputnik melaporkan setakat 04:46 GMT, paun susut 2.77% kepada AS$1.0555 daripada penutupan sebelumnya pada AS$1.0856. Pada kira-kira 01:00 GMT, mata wang itu menjunam ke paras terendah baru kepada AS$1.0384.
Pada masa sama, euro merosot kepada AS$0.9635 berbanding dolar AS berbanding penutupan sebelumnya pada AS$0.969. Yen Jepun mencatat paras 144.06 setiap dolar AS berbanding penutupan pada 143.32. Indeks dolar (kadar tukaran asing berbanding sekumpulan mata wang enam rakan dagangan AS) meningkat 0.68% kepada 113.95 mata.
Pada Jumaat lepas, Canselor Perbendaharaan Kwasi Kwarteng United Kingdom (UK) melancarkan pelan pertumbuhan bernilai 60 bilion pound baru bagi menyokong ekonomi negara itu, di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup. Pelan itu termasuk membatalkan rancangan kenaikan cukai perbadanan, dengan mengekalkannya pada paras terendah dalam G20, pada 19%.
Menurut Ray Attrill, ketua strategi mata wang di National Australia Bank, pelabur bimbang terhadap skala keperluan pembiayaan kerajaan UK untuk jangka pendek untuk pelan berbilion paun itu.