- Iklan -
Berita

Indonesia sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir Pakistan

Presiden Joko Widodo berharap bantuan itu dapat mempercepatkan usaha pemulihan pasca bencana sehingga aktiviti masyarakat Pakistan kembali normal.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota tentera Pakistan membantu mangsa bencana banjir monsun di daerah Dadu, Sindh, Pakistan pada 7 September. Gambar: AFP
Anggota tentera Pakistan membantu mangsa bencana banjir monsun di daerah Dadu, Sindh, Pakistan pada 7 September. Gambar: AFP

Indonesia menyerahkan bantuan kewangan AS$1 juta serta barang keperluan asas untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat bencana di Pakistan.

Pelepasan bantuan kemanusiaan untuk korban bencana banjir dan tanah runtuh di Pakistan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma dilakukan oleh Presiden Joko Widodo.

Beliau berharap bantuan itu dapat percepat usaha pemulihan pasca bencana sehingga aktiviti masyarakat kembali normal.

“Saya juga sedang menyiapkan bantuan berupa tenaga kesihatan yang nantinya segera dihantar untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga Pakistan yang terkesan,” kata Joko Widodo. 

Dalam satu kenyataan, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa korban bencana yang terjadi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.