- Iklan -
Dunia

Perancis mula bina loji nuklear generasi baru sebelum 2027

Kerajaan Perancis merancang untuk membina sekurang-kurangnya enam loji nuklear bagi menggantikan loji yang ada di negara itu ketika ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perancis berusaha menyelesaikan krisis tenaga dengan pembinaan loji kuasa berasaskan tenaga matahari dan angin di luar pesisir, di samping mempercepatkan usaha beralih ke tenaga boleh diperbaharui. Gambar: Pexels
Perancis berusaha menyelesaikan krisis tenaga dengan pembinaan loji kuasa berasaskan tenaga matahari dan angin di luar pesisir, di samping mempercepatkan usaha beralih ke tenaga boleh diperbaharui. Gambar: Pexels

Perancis akan mula membina reaktor nuklear generasi baru yang pertama sebelum Mei 2027, lapor Agensi Anadolu.

Kerajaan merancang untuk membina sekurang-kurangnya enam “European Pressurized Reactors” baru, menggantikan loji semasa yang mencapai jangka hayatnya pada akhir 2030, menurut saluran TV Perancis BFMTV.

Kerajaan Perancis merancang untuk membelanjakan sekitar €51.7 bilion (AS$49.7 bilion), sebagai sebahagian daripada usaha negara terbabit capai matlamatnya daripada segi tindakan bagi iklim.

Perancis terus berusaha menyelesaikan krisis tenaga negara dengan pembinaan loji kuasa berasaskan tenaga matahari dan angin di luar pesisir, di samping mempercepatkan usaha beralih ke tenaga boleh diperbaharui.

Presiden Perancis Emmanuel Macron sebelum ini berjanji untuk membina lapan loji tenaga nuklear generasi baharu di bawah undang-undang iklim.

Dalam temu bual dengan stesen radio Eropah 1, Menteri Transformasi Ekologi Agnes Pannier-Runacher berkata reaktor itu akan dibangunkan di sekitar reaktor nuklear sedia ada.

Langkah itu membolehkan negara menjimatkan masa yang diperlukan semasa peralihan kepada tenaga lestari, katanya.

Media Harian Perancis, Le Figaro melaporkan bahawa reaktor generasi baru itu dijangka mampu beroperasi sebelum 2035.