- Iklan -
Dunia

AS siap sedia peningkatan kes influenza, Covid-19 pada musim sejuk

CDC menjangka jumlah kes selesema melonjak ke tahap pra-pandemik.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu pejabat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, Georgia. Gambar: Reuters
Ibu pejabat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, Georgia. Gambar: Reuters

Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk menghadapi musim sejuk berikutan peningkatan kadar demam selesema (flu) dan kekurangan petugas.

Menurut sesetengah doktor tumpuan terhadap penjagaan kesihatan Covid-19 menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan petugas.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memaklumkan kadar demam selesema dan virus pernafasan lain meningkat di beberapa bahagian di AS yang turut menyaksikan peningkatan keputusan positif ujian flu pada minggu lepas, lapor United Press International (UPI).

CDC menjangkakan jumlah kes selesema melonjak ke tahap pra-pandemik berikutan sekatan Covid-19 ditarik balik dan orang ramai kembali ke pejabat serta sesi persekolahan kembali berjalan seperti biasa. 

"Kemungkinan besar kita akan menyaksikan influenza kembali menular pada musim sejuk ini," kata Ketua Pegawai Pencegahan Jangkitan untuk UCLA Health Dr Dan Uslan kepada NBC News.

Australia sedang mengalami musim demam selesema paling buruk dalam tempoh lima tahun. AS juga boleh terjejas teruk memandangkan hanya 49 peratus rakyat AS merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah selesema tahun ini. 

Meskipun jumlah kes Covid-19 terus menurun, puluhan ribu kes baru masih dikesan setiap hari.

Apabila musim sejuk tiba dan lebih ramai orang berada di rumah, bilangan virus berkaitan pernafasan dijangka meningkat dengan hospital tidak cukup kelengkapan untuk menangani lonjakan.

Dr Carlos del Rio dari Sekolah Perubatan Universiti Emory, jururawat barisan hadapan adanya yang bersara awal atau berhenti menyebabkan banyak hospital bergelut untuk merekrut petugas baharu.

Berdasarkan data Sistem Penjejak Kesihatan, bilangan pekerja penjagaan kesihatan yang berhenti sebanyak 23% lebih tinggi berbanding semasa pandemik bermula dan hospital tidak mampu menampung jumlah kemasukan pesakit yang ramai. 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.