- Iklan -
Dunia

Wartawan Iran dedah kematian Mahsa Amini ditangkap

Niloofar Hamedi merupakan wartawan pertama mendedahkan kisah kematian wanita yang meninggal dunia selepas ditahan polis Iran itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Akhbar melaporkan kisah Mahsa Amini, wanita yang meninggal dunia selepas ditahan polis di Tehran, Iran. Gambar: Reuters
Akhbar melaporkan kisah Mahsa Amini, wanita yang meninggal dunia selepas ditahan polis di Tehran, Iran. Gambar: Reuters

Seorang wartawan Iran Niloofar Hamedi, yang banyak melaporkan isu hak wanita, biasanya terlepas daripada sebarang tindakan sejak bertahun lamanya - namun, hari dia mengambil gambar ibu bapa Mahsa Amini berpelukan di hospital Tehran di mana anak perempuan mereka koma, nasibnya berubah.

Gambar yang disiarkan Hamedi di Twitter pada 16 September, menjadi petanda pertama bahawa banyak perkara yang tidak kena berhubung Amini yang berusia 22 tahun itu selepas penahanannya selama tiga hari sebelum itu oleh polis moral Iran kerana pakaiannya dianggap tidak sesuai.

Kematian Amini akhirnya mencetuskan gelombang protes besar-besaran di seluruh Iran yang masih berterusan hampir tiga minggu di seluruh negara itu, walaupun kerajaan mengambil tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.

Gambar ibu bapa Amini itu juga menjadi antara salah satu ciapan terakhir Hamedi, yang merupakan wartawan agensi berita Sharq, sebelum ditangkap beberapa hari kemudian dan akaun Twitternya disekat.

“Pagi ini, ejen risikan menyerbu rumah anak guam saya Niloofar Hamedi. Dia ditangkap sementara rumahnya digeledah, dan barang-barangnya dirampas,” kata peguam Hamedi, Mohammad Ali Kamfirouzi dalam satu ciapan Twitter pada 22 September lalu.

Katanya, Hamedi juga masih belum didakwa dan ditahan di penjara Evin, Iran.

Iran menghadapi cabaran paling getir sejak republik itu ditubuhkan selepas revolusi 1979, di mana pihak berkuasa telah menggunakan kekerasan untuk menyekat tunjuk perasaan terbesar pernah disaksikan di negara itu sejak republik Islam itu ditubuhkan.

Menurut kumpulan hak asasi, sekurang-kurangnya, 185 orang termasuk 19 kanak-kanak bawah umur, telah terkorban, sementara ratusan lain cedera dan ribuan yang ditangkap oleh pasukan keselamatan. 

Kerajaan Iran berkata lebih 20 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh dan ia akan menyiasat kematian orang awam.