- Iklan -
Dunia

Sri Lanka sangat terdedah dengan kesan perubahan iklim

Ancaman tanah runtuh dan cuaca ekstrem mungkin meningkat di negara Asia Selatan itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang petani Sri Lanka membawa tuaian padi di Piliyandala, Colombo pada 22 Februari 2016. Gambar: AFP
Seorang petani Sri Lanka membawa tuaian padi di Piliyandala, Colombo pada 22 Februari 2016. Gambar: AFP

Penasihat antarabangsa mengenai perubahan iklim kepada Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pada Khamis berkata Sri Lanka sangat terdedah kepada perubahan iklim kerana kawasan keringnya di utara semakin mengering dan kawasan lembap di selatan semakin basah.

Semasa lawatan ke negara Asia Selatan itu, bekas Menteri Norway Erik Solheim berkata ancaman daripada tanah runtuh dan cuaca ekstrem akan meningkat dan langkah-langkah perlu dilakukan untuk mengatasi cabaran itu, lapor Xinhua.

Beliau memberitahu media tempatan bahawa usaha menangani perubahan iklim bagaimanapun membuka ruang besar untuk mewujudkan pekerjaan hijau.

"Tenaga boleh diperbaharui, mobiliti elektrik, penanaman pokok, pertanian hijau dan eko-pelancongan semuanya menawarkan peluang besar untuk pekerjaan dan kemakmuran dalam dalam masa yang sama menjaga bumi," kata Solheim.

Sri Lanka disenaraikan sebagai negara kedua paling teruk terjejas akibat perubahan iklim menurut Indeks Risiko Iklim Global 2019.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi