- Iklan -
Dunia

Ekonomi Laos dijangka berkembang 2.2% pada 2022

Harga bahan api melambung tinggi di Laos dan kekurangan petrol pada Mei dan Jun telah memberi kesan besar kepada aktiviti ekonomi negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan di hadapan monumen perang Patuxai di pusat bandar Vientiane, Laos pada 12 Mac 2020. Gambar: AFP
Orang ramai berjalan di hadapan monumen perang Patuxai di pusat bandar Vientiane, Laos pada 12 Mac 2020. Gambar: AFP

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Laos dengan kadar 2.2% pada 2022 sebelum berkembang 3.1% pada 2023, lapor Xinhua.

Unjuran pada Oktober kekal tidak berubah dengan 2.2% tetapi angka itu diturunkan dari 3.2% pada April, menurut laporan terkini di laman sesawang IMF pada Sabtu.

Penurunan unjuran IMF dikaitkan dengan faktor luaran dan dalaman dengan laporan itu meramalkan pertumbuhan global akan berkurangan dari 6.0% pada 2021 kepada 3.2% pada 2022 dan 2.7% pada 2023.

"Kira-kira satu pertiga daripada ekonomi dunia mengalami pertumbuhan negatif dua suku berturut-turut. 

“Inflasi global diramal meningkat dari 4.7% pada 2021 kepada 8.8% pada 2022 tetapi menurun kepada 6.5% pada 2023 dan kepada 4.1% menjelang 2024 ," menurut laporan itu.

Di Laos, harga bahan api melambung tinggi dan kekurangan petrol pada Mei dan Jun telah memberi kesan besar kepada aktiviti ekonomi, terutamanya sektor pertanian dan pembuatan.

Sementara itu, dalam laporan dikeluarkan pada 21 September, Bank Pembangunan Asia (ADB) menurunkan unjuran pertumbuhan 2022 untuk Laos kepada 2.5% dari 3.4% pada April dan dari 3.7% kepada 3.5% untuk 2023.

Penurunan taraf itu dikaitkan dengan gangguan bekalan dan kenaikan harga komoditi hingga meningkatkan kadar inflasi.

Selain itu, Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Oktober 2022 Bank Dunia turut menurunkan unjuran pertumbuhan Laos pada 2022 kepada 2.5% daripada unjuran 3.8% sebelumnya untuk 2023.

Pada September, Akademi Sains Sosial dan Ekonomi Laos (Lases) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya kepada 3% pada 2022 daripada empat peratus yang diunjurkan pada bulan sebelumnya.

Akademi itu memaklumkan unjuran pertumbuhan ekonomi itu disebabkan pertumbuhan perlahan dalam sektor berkaitan penggunaan, eksport serta pelaburan swasta dan negeri.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.