- Iklan -
Dunia

Lebih 600 terkorban akibat banjir di Nigeria

Bencana itu juga memaksa lebih 1.3 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Banjir buruk di Nigeria sering meragut ramai korban di mana seramai 363 orang maut dan lebih 1.2 juta kehilangan tempat tinggal pada 2012. Gambar: AFP
Banjir buruk di Nigeria sering meragut ramai korban di mana seramai 363 orang maut dan lebih 1.2 juta kehilangan tempat tinggal pada 2012. Gambar: AFP

Lebih 600 orang terkorban dalam banjir terburuk di Nigeria dalam tempoh 10 tahun, menurut angka baru yang dikeluarkan kerajaan semalam.

Bencana itu juga memaksa lebih 1.3 juta orang meninggalkan kediaman mereka, kata satu kenyataan oleh Kementerian Hal Ehwal Kemanusiaan Nigeria di Twitter.

"Malangnya, seramai 603 orang terkorban setakat hari ini," kata Menteri Hal Ehwal Kemanusiaan Sadiya Umar Farouq.

Jumlah korban pada minggu lalu seramai 500, namun ia meningkat kerana beberapa kerajaan negeri tidak bersedia menghadapi banjir, kata menteri itu.

Banjir itu juga memusnahkan sepenuhnya lebih 82,000 rumah dan hampir 110,000 hektar tanah ladang, kata Umar Farouq.

Walaupun musim hujan biasanya bermula sekitar Jun, namun hujan lebat berlaku sejak Ogos lalu, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (Nema).

Pada 2012, seramai 363 orang maut dan lebih 1.2 juta kehilangan tempat tinggal.

Wilayah Sub-Sahara Afrika terjejas secara tidak seimbang akibat perubahan iklim dan banyak sektor ekonominya bergelut akibat kesan perang Rusia-Ukraine.

Negara pengeluar beras itu memberi amaran bahawa banjir buruk boleh menjejaskan harga komoditi tersebut di mana ia menjadi tempat tinggal kira-kira 200 juta penduduk. 

Kerajaan Nigeria juga telah mengumumkan larangan import beras bagi merangsang pengeluaran tempatan.

Program Makanan Sedunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB berkata, bulan lalu Nigeria adalah antara enam negara yang berdepan risiko tinggi kebuluran.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.