- Iklan -
Dunia

Serangan Rusia ragut 10 lagi nyawa orang awam di Ukraine

Rusia menyasarkan wilayah Dnipro, Kharkiv, Zaporizhzhia, Donetsk dan Kherson.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan bangunan pentadbiran runtuh akibat bedilan peluru di Donetsk, Ukraine yang kini dikawal oleh tentera Rusia pada 16 Oktober. Gambar: Reuters
Pemandangan bangunan pentadbiran runtuh akibat bedilan peluru di Donetsk, Ukraine yang kini dikawal oleh tentera Rusia pada 16 Oktober. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 10 orang awam maut manakala dan 14 lagi cedera akibat serangan di beberapa wilayah di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan ketua pejabat presiden Kyrylo Tymoshenko menerusi hantaran di Telegram pada Ahad mendakwa serangan Rusia menyasarkan wilayah Dnipro, Kharkiv, Zaporizhzhia, Donetsk dan Kherson.

Menurut kakitangan awam Ukraine, Rusia telah kehilangan 65,000 kakitangan, 2,529 kereta kebal dan 5,193 kenderaan perisai sejak Moscow melancarkan operasi ketenteraan ke atas Kyiv pada 24 Februari.

Pada 21 September, Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoygu mengumumkan 5,937 tentera Rusia maut akibat perang.

Sementara itu, Rusia mendakwa bahawa bangunan pentadbirannya di wilayah timur Donetsk diserang tentera Ukraine pagi Ahad.

Datuk Bandar Donetsk, Alexey Kulemzin menerusi hantaran di Telegram mendakwa tentera Ukraine melancarkan tiga peluru berpandu Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars) di wilayah itu.

Seramai dua orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.