- Iklan -
Berita

Arab Saudi lancar strategi jadi kuasa industri terkemuka

Strategi perkongsian dengan sektor swasta itu menyasarkan peningkata KDNK sebanyak tiga kali ganda di Arab Saudi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Arab Saudi mempertaruhkan strategi meliputi 12 subsektor dengan lebih 800 peluang pelaburan bernilai AS$226 bilion untuk menjadi peneraju industri dunia. Gambar: AFP
Arab Saudi mempertaruhkan strategi meliputi 12 subsektor dengan lebih 800 peluang pelaburan bernilai AS$226 bilion untuk menjadi peneraju industri dunia. Gambar: AFP

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa melancarkan Strategi Industri Nasional yang bertujuan menjadikan negara itu sebagai kuasa perindustrian terkemuka.

Strategi itu meliputi 12 subsektor dengan lebih 800 peluang pelaburan bernilai 1 trilion riyal Saudi (AS$226 bilion), lapor Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Pelaburan itu dijangka menyumbang kepada pembangunan mampan bagi mencapai hasil ekonomi, termasuk menggandakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) perindustrian sebanyak tiga kali ganda dan meningkatkan eksport industri kepada 557 bilion riyal Saudi.

Putera Mahkota Mohammed turut mengetengahkan potensi kerajaan untuk mencapai ekonomi industri yang berdaya saing dan mampan termasuk membabitkan belia berbakat, lokasi, sumber asli dan syarikat perintis negara.

Kerajaan Arab Saudi akan menjadi kuasa perindustrian terkemuka melalui strategi dan perkongsian dengan sektor swasta.

Usaha  untuk mempromosikan sektor itu termasuk pelancaran Program Pembangunan Industri Negara telah meningkatkan jumlah perindustrian daripada 7,206 kepada 10,640, lapor SPA.

Strategi itu dijangka meningkatkan bilangan perindustrian kepada 36,000 menjelang 2035.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.