- Iklan -
Dunia

Aplikasi WhatsApp alami gangguan di seluruh dunia

Pengguna di India, UK, Afrika Selatan dan Asia melaporkan mereka mengalami masalah untuk menghantar dan menerima teks dan video.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
WhatsApp bersetuju untuk menjadi lebih telus mengenai perubahan kepada dasar privasinya yang diperkenalkan pada 2021, kata Suruhanjaya Eropah, 6 Mac. Gambar: AFP
WhatsApp bersetuju untuk menjadi lebih telus mengenai perubahan kepada dasar privasinya yang diperkenalkan pada 2021, kata Suruhanjaya Eropah, 6 Mac. Gambar: AFP

Aplikasi komunikasi popular WhatsApp mengalami gangguan di seluruh dunia, di mana pengguna di India, UK, Afrika Selatan dan Asia melaporkan telah mengalami masalah untuk menghantar dan menerima teks dan video ketika menggunakannya.

"Kami mengambil maklum ramai menghadapi masalah menghantar mesej dan kami sedang berusaha untuk memulihkan aplikasi WhatsApp untuk semua orang dengan kadar segera," kata jurucakap syarikat induk WhatsApp, Meta Platforms pada Isnin.

Downdetector berkata lebih 11,000 pengguna di seluruh India telah melaporkan gangguan, manakala laporan dari UK adalah sebanyak 68,000 sementara 19,000 laporan direkodkan dari Singapura pada kira-kira pukul 7.50 pagi waktu tempatan.

Downdetector menjejaki gangguan dengan menyusun laporan status daripada beberapa sumber termasuk ralat yang dilaporkan pengguna pada platformnya.

Gangguan tersebut juga berkemungkinan menjejaskan jumlah pengguna yang lebih besar.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.