- Iklan -
Dunia

Gempa kuat landa utara Filipina

Gempa itu dijangka mencetuskan gegaran susulan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah kereta ditimbun runtuhan bangunan di bandar Vigan, Ilocos Sur di utara Manila ketika gempa bumi berlaku Julai lalu. Rantau itu sering mengalami gempa kerana kedudukannya yang berada dalam Lingkaran Api Pasifik. Gambar: AFP
Sebuah kereta ditimbun runtuhan bangunan di bandar Vigan, Ilocos Sur di utara Manila ketika gempa bumi berlaku Julai lalu. Rantau itu sering mengalami gempa kerana kedudukannya yang berada dalam Lingkaran Api Pasifik. Gambar: AFP

Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter menggegarkan utara Filipina pada malam Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Gempa bumi berlaku pada 22:59 waktu tempatan (1459 GMT) dengan kedalaman 28km, kira-kira 7km dari barat laut bandar Tineg wilayah Abra, Luzon, lapor Xinhua.

Gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran, termasuk wilayah Ilocos Sur dan bandar Baguio.

Gempa berkenaan dijangka mencetuskan gegaran susulan, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut institut itu.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Filipina kerap dilanda aktiviti seismik kerana lokasinya di sepanjang "Lingkaran Api" Pasifik.

Pada Julai, gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda wilayah Abra, menyebabkan kejadian tanah runtuh dan merosakkan bangunan, serta mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 130 lagi cedera.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.