- Iklan -
Dunia

Harga minyak mentah terus melonjak

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menokok AS$1.27 atau 1.3% untuk ditutup pada AS$96.96 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pam minyak yang beroperasi di Willow Springs Park di Long Beach, California pada 21 April 2020. Gambar: AFP
Pam minyak yang beroperasi di Willow Springs Park di Long Beach, California pada 21 April 2020. Gambar: AFP

Harga minyak mentah terus mencatatkan peningkatan pada Khamis, lapor Xinhua.

West Texas Intermediate bagi penghantaran Disember meningkat AS$1.17 atau 1.3% untuk ditutup pada AS$89.08 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menokok AS$1.27 atau 1.3% untuk ditutup pada AS$96.96 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.

Harga sebahagiannya disokong oleh data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh berbanding jangkaan.

Pada Khamis Jabatan Perdagangan AS melaporkan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS berkembang pada kadar tahunan 2.6% pada suku ketiga.

Dolar Amerika yang agak lemah juga memberikan sokongan kepada minyak. Indeks dolar yang mengukur dolar Amerika berbanding enam mata wang utama, meningkat 0.81% kepada 110.5870 pada akhir dagangan pada Khamis tetapi masih menurun kira-kira 1.3% untuk minggu itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.