- Iklan -
Dunia

Cuaca panas Eropah ragut 15,000 nyawa

Jerman melaporkan kematian paling tinggi sebanyak sekitar 4,500 korban.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung memakai payung besar ketika berjalan di Pantai Hendaya, Perancis pada Jun ketika gelombang suhu panas melanda negara itu dan Eropah. Gambar: AFP
Pengunjung memakai payung besar ketika berjalan di Pantai Hendaya, Perancis pada Jun ketika gelombang suhu panas melanda negara itu dan Eropah. Gambar: AFP

Sekurang-kurangnya 15,000 orang meninggal dunia di Eropah kerana cuaca panas pada 2022 setakat ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, dengan Sepanyol dan Jerman antara negara yang paling teruk terjejas.

Tiga bulan dari Jun-Ogos adalah yang paling panas di Eropah sejak rekod bermula, dan suhu yang sangat tinggi membawa kepada kemarau terburuk yang pernah disaksikan di benua itu sejak Zaman Pertengahan.

"Berdasarkan data negara yang dikemukakan setakat ini, dianggarkan sekurang-kurangnya 15,000 orang mati khususnya akibat panas pada 2022," kata Pengarah Serantau WHO untuk Eropah Hans Kluge dalam satu kenyataan.

"Hampir 4,000 kematian di Sepanyol, lebih 1,000 di Portugal, lebih 3,200 di United Kingdom, dan sekitar 4,500 kematian di Jerman dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan sepanjang 3 bulan musim panas," tambahnya.

Tanaman layu di Eropah, kerana musim kemarau yang memacu rekod kebakaran liar dan memberi tekanan teruk pada grid kuasa benua itu.

Gelombang haba berturut-turut antara Jun dan Julai, yang menyaksikan suhu mencecah 40 darjah Celsius di Britain buat kali pertama, menyaksikan kira-kira 24,000 lebihan kematian di Eropah. 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.