- Iklan -
Berita

Eksport komoditi meningkat, ekonomi Indonesia berkembang pada suku ketiga

Ekonomi Indonesia berkembang 5.72% tahun ke tahun pada suku ketiga 2022.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan pusat bandar Jakarta, ibu negara Indonesia pada 1 Januari 2022. Gambar: AFP
Pemandangan pusat bandar Jakarta, ibu negara Indonesia pada 1 Januari 2022. Gambar: AFP

Ekonomi Indonesia berkembang 5.72% tahun ke tahun pada suku ketiga tahun ini, disokong oleh peningkatan eksport komoditi tertentu, lapor Xinhua memetik Perangkaan Indonesia (BPS) pada Isnin.

Ketua BPS Margo Yuwono berkata angka itu lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi suku kedua sebanyak 5.44% dan melepasi 3.51% bagi tempoh Julai-September tahun lepas.

“Ini menunjukkan ekonomi Indonesia pulih secara berterusan dan ekonomi juga semakin kukuh,” kata Yuwono pada sidang media secara maya.

Imbangan perdagangan Indonesia meningkat 12.58% tahun ke tahun pada suku ketiga disumbangkan oleh peningkatan eksport beberapa komoditi, termasuk arang batu, minyak sawit dan keluli.

Perbelanjaan yang lebih besar untuk program perlindungan sosial di tengah-tengah kenaikan harga global juga berjaya mengekalkan kuasa beli rakyat Indonesia, kata Yuwono.

Pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga itu juga sejajar dengan unjuran kerajaan sebanyak 5.7% dan 5.5% unjuran oleh bank pusat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.